Wednesday, June 5, 2013

Melancung ke Korea, Day 3

1hb June 2013, Jumaat
Cuaca cerah dan nyaman dengan suhu 18-20c

Saya dan roomate bangun seawal jam 5 pagi dan kami mengambil keputusan untuk berjalan disekitar kawasan hotel kerana hari ini adaalah hari terakhir kami dipulau Jeju. 







Selama sejam kami berada dikawasan ini. Dari gambar-gambar ini apa yang anda nampak. Pulau jeju amat bersih bukan. Sepanjang 2 hari kami berada disini, kami belum nampak sampah-sampah berselerakan dimana-mana terutama sekali dikawasan tumpuan orang ramai. Menurut Ms J, tong samah tidak disediakan ditepi-tepi jalan atau dimana-mana sebab rakyat korea telah sebati dengan displin mereka menyimpan sampah didalam beg dan membuangnya di tong sampah dirumah mereka. Mereka akan didenda jika membuang sampah malah mereka membayar untuk sampah yang dibuang. 



Saya ambil gambar tempat pembuangan sampah kitar semula yang terdapat dibelakang kawasan perumahan penduduk. Lori sampah yang lalu seawal pagi untuk mengutip sampah juga tidak berbau busuk. Alangkah bagusnya jika majlis perbandaran kita datang belajar cara pengurusan sampah disini.

Kami bersarapan di hotel. Sarapan masih sama macam semalam, nasi bersama sayur-sayuran yang dicelur dan kimchi. Sudah 2 hari saya makan kimchi setiap pagi dan tengahhari maka hari ini saya masuk toilet buang air besar sebanyak 3 kali. Menurut Ms J, orang korea tidak sembelit sebab kimchi menjaadikan mereka sentiasa buang air besar. Memang betul sebab saya buang air besar bukan sebab cirit birit.

Kami check-out dari hotel dan menaiki bas untuk ke lokasi terakhir dipulau jeju iaitu Cheongjilyeon water fall.




Kawasan air terjun ini dijaga dengan begitu teliti dan diuruskan secara teratur. Masyarakat korea datang kekawasan ini adalah untuk berbasikal atau berjalan kaki disekitar kawasan ini.

Ada satu perkara yang saya sangat kagum dengan Korea.....toiletnya sangat bersih. Bekas sampah/tisu didalam setiap toilet dibuang setiap masa sehinggakan apabila masuk kita susah nak nampak tisu memenuhi 1/4 daripada bekas kecil yang disediakan itu. Wp toiletnya tiada disediakan paip dan menjadi kesukaran kepada kita orang muslim untuk membuang air kecil tetapi ianya tidak pernah kotor atau berbau busuk. Dan toiletnya disediakan dimana-mana sahaja dikawasan tumpuan orang ramai tanpa ada bayaran dikenakan.

Lokasi seterusnya adalah Mystery Road. Mystery Road terkenal disebabkan satu jalan disini yang menaiki bukit dan jika bas atau kereta yang melalui sini akan mematikan enjin dan bas/kereta tersebut akan menaiki bukit dengan sendirinya seolah-oleh ditolak dari belakang.


Kami turun dari bas dan pergi ke jalan tersebut. Ms J mengambil sebotol air dan menuang diatas jalan....air tidak turun kebawaah sebaliknya ia mengalir naik ke atas. 

Kami sempat singgah ke ladang limau mandrin. Oleh kerana sekarang bukan musim limau makan dipokok-pokok limau itu digantung buah limau palsu.



Buah tangan yang sempat dibeli di kedai diladang limau. Jeju Hallabong crunch, snack yang seperti bertih jagung tetapi sangat sedap yang berharga Krw10,000 atau RM28.50 sekotak atau 3 kotak kecil dan sebotol vitamin C yang berharga krw10,000 atau RM28.50.

Kami ke airport untuk menaiki penerbangan ke Gimpo, Seoul dan tiba di Seoul pada jam 12 tengahari. Sesampai di airport kami menaiki bas dan pihak tour agen telah menyediakan makan tengahhari iaitu Turkish Kebab yang dimakan didalam bas untuk menuju destinasi seterusnya iaitu Kimchi School serta memakai pakaian traditional korea iaitu Han Bok.

Lokasi: Seoul, Korea
Cuaca : terang dan agak panas dalam 21-23C

 Dihadapan kami disediakan sepotong sayur dan lada kimchi.
 Cikgu kimchi menerangkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat lada perapan kimchi. Rupanya ia bukan setakat lada dan garam sahaja terdapat bahan-bahan lain iaitu serbuk ginseng, sayur karot dll. Setiap bahan dipilih dengan teliti terutama garam dan garam yang digunakan adalah dari jenis yang berkualiti tinggi supaya rasa kimchi tidak rosak. Bhan-bahan tersebut tidak boleh terkena air.

Jika anda lihat Ms J yang berbaju hitam itu....anda mesti tidak sangka dia berusia 46 tahun bukan....kulitnya sangat bersih dan cantik. Dia berkata dengan nada selorah....kimchi menjadikan wanita korea slim dan berkulit cantik.

  Ini adalah kimchi yang dihasilkan oleh saya. Cikgu kimchi memberikan tumb up dengan hassil kerja saya.
Selepas kelas, kami diberikan sebekas kimchi untuk dirasa. Kimchi bukan hanya satu jenis tetapi melebihi 100 jenis....saya dan rakan menghabiskan sebekas kimchi ini semuanya sangat sedap terutama kimchi sotong. Kami diberi peluang untuk membeli kimchi bagi dibawa pulang ke Malaysia. Kita order dan buat bayaran....kimcchi akan di massukkan dalam kotak yang berisi ice pack dan dihantar ke airport pada hari kita akan pulang.


Saya membeli 5 pek kimchi dari pelbagai jenis yang satu pek adalah seberaat 1kg atau 500gm. Bayaran adalah dalam krw65,000 atau RM185. Rakan saya berkata kenapa beli kimchi kat sini....kita boleh beli kimchi kat KL....saya jawap rasanya tidak sama...saya dah pernah makan kimchi di KL tetapi kimchi disini lebih sedap. Menurut Ms J, sayur kobis disini tidak sama dengan kobis ditempat lain...disni ia mempunyai rasa lebih ranggup sebaab tempoh masa pokok kobis membesar mengambil masa yang lama dan bukan seperti tempat lain 3 bulan sudah boleh dituai....disini hasil tuaian hanya sekali setahun. Ia dibiarkan membesar secara semula jadi dan tempoh masa yang lama supaya sayurnya ranggup dan sedap.

Kami menaiki bas untuk ke Everland Theme Park. entrance tiket telah diuruskan oleh pihak agen so saya tak tahu berapa bayaran masuk ke sini....anda boleh google untuk mengetahui bayaran masuk.

Cuaca: agak panas dengan suhu 24-27C. Macam panas jam 10 pagi kalau kat Malaysia.











Saya gayat....so apa yang orang gayat boleh enjoy kat tempat macam nie. Hanya boleh menikmati pemandangan indah dan bunga-bungaan. Sekarang musin bunga ros berkembang. Bermula dari minggu ini dan sehingga minggu depan sahaja bunga rose akan mekar kembang. 

Hari ini adalah hari cuti persekolahan atau kolej di Korea so banyaklah pasangan kekasih berada disini dengan memakai couple tshirt atau jean. Macam satu trend pulak. 

Selama 2 1/2 jam kami berada disini.....cuaca panas menyebabkan saya amat dahaga air nak minum tetapi bila memikirkan soal halal maka saya tahan sahaja. Disini disediakan bilik sembahyang untuk muslim.




Makan malam kami disebuah restoran thailand. Petang ini kami menikmati masakan thai dengan hidangan tomyam, ikan masak masam manis dan sotong goreng.


 Penginapan kami di Seoul adalah di Manu Hotel iaitu hotel bertaraf 4 bintang. Service memang tip top kat sini, tuala ditukar setiap hari.....disediakan robe mandi dan sudah tentu wifi dan TV samsung 42 inci dengan channel international so kami boleh menonton filem inggeris.

Selepas mandi...letak sahaja kepala saya terus terlelap sebab terlalu letih.

2 comments:

Rose Azadir said...

bestnyer, biler la sy boleh sampai ke sana... jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa produk shaklee

zana fahmi said...

Salam Bdaria...dah hari ke 3 baru kakpb baca entry ni. Korea ni mcm Jepun jg, bandar bersih. Sampah plastik, kertas, besi dll diasingkan. Mereka mmg berdisiplin.