Alang-alang dah keluarkan
mesin pasta/noodle machine semalam maka saya buatlah kuih tiram pada hari
nie. Dah lama tak makan kuih nie. Masa saya remaja, bila musim cuti sekolah
saya terima banyak tempahan kuih tiram nie dari orang yang hendak buat
kenduri kahwin. Inilah caranya saya nak cari duit saku lebih. Satu kuali
besar berada didepan saya, satu kerusi dan 2 batang ranting. Saya akan duduk
didepan kuali tersebut dan goreng kuih nie sampai bertin2 ikut tempahan.
Masa tu tak terasa pulak panas dapur tersebut tapi sekarang nak siapkan doh
yang sikit nie pun dah berpeluh sakan.
Inilah resepi yang saya buat.
Sebenarnya bahan kuih nie simple saja cuma 'teknik' yang penting. Saya
pernah bancuh tepung dengan sedikit garam dan air saja tanpa bubuh bahan
tambahan lain, ia tetap menjadi. Jika anda lihat orang buat jadi cantik..itu
sebab mereka dah mahir dan selalu buat. Anda pun boleh kalau selalu
mencuba...jangan kecewa kalau percubaan pertama kurang menjadi.
KUIH
TIRAM
recipe and photo by
resepidaria.blogspot.comBahan-bahannya:-
3 cawan tepung gandum
150ml air (+/_) (nak bagi lemak lagi, guna santan dalam kotak)
sedikit garam
sebiji telur
Gula pasir yang dimesin halus secukupnya
1/2 cawan tepung beras@ tepung jagung (saya guna tepung beras)
3/4 cawan minyak masak
Cara-caranya:-
- Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur dan sedikit garam.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Jangan terlalu lembik (seperti doh karipap). Jangan terlalu ikut sangat kuantiti air diatas sbb ia boleh kurang/ lebih bergantung pada jenama tepung yang anda guna.
- Rehatkan sebentar.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil.
- Guna mesin pasta. Mula guna no 8. Leperkan doh memanjang dan masukkan kedalam mesin. Tukar kepada no 6 dan kemudian kepada no 4 dan akhir sekali no 3. Biar sehingga ia menjadi sekeping doh panjang yang nipis.
- Sapu sedikit minyak di belakang talam atau meja kerja anda. letakkan doh.
- Bancuh tepung jagung/beras dengan minyak
dalam bekas kecil. kacau rata
- Guna sudu dan renjis bancuhan tepung jagung/beras dengan rata. Guna hujung jari, ratakan bancuhan atas doh.
- Gulung dan potong kecil sebesar jari manis/ jari kelingking (kalau anda kurus, jari telunjuklah)
Apabila telah panas,
masukkan satu keping doh dalam kuali dan guna 2 btg chopstik/2 ranting
pokok bunga raya yang telah dibuang kulit dan dipotong rata bawahnya @
senduk yg bukan jenis besi, ketuk doh tersebut secara perlahan2. Jangan
kuat. Ini supaya lipatan kuih tiram terbuka. Teknik ini adalah penting
untuk anda dapatkan kuih tiram yang terbuka cantik. Lepas tu barulah
masukkan doh yg lain. Ulang proses.
9 comments:
uih sedapnya... akan dibuat... definitely. thanks yaa
Avatar Cun. Cubalah memang kuih nie sedap.
Saya telah mencubanya.Memang menjadi.Sangat ranggup.Teknik yang di tunjukkan di dallam gambar juga mudah difahami dan detail.Saya pernah mencuba resepi dari blog lain tetapi tidak menjadi.Terima kasih for sharing the recepi.
Saya sudah mencuba recepi ini.Memang sedap.Teknik gambar juga jelas jadi memudahkan cara pembuatan difahami dengan mudah.Saya pernah mencuba resepi di blog lain tetapi hampa tidak menjadi.Terima kasih kerana share recepi ini.
salam daria....saya dah buat kuih tiram ni...memang best sgt2...saya ikut step menggoreng awak tu...walaupun gigil jugak memula nak goreng guna chopstik ni sebab tak pandai pegang chopstik...hehhehe...thanks daria sebab tunjukkan step yg jelas nak buat kuih ni....
wah..x sabar nak mencuba
wah,....x sabar nak buat
wah..x sabar nak mencuba
saya da cuba.....ringkas tapi sedap...terima kasih.
Post a Comment