Saya telah membeli seekor
ikan siakap beberapa hari lepas. Cadangnya nak buat stim, dah beli bahan2
pun tapi last minute boleh ubah plan. Akibatnya asam pedas melaka yang
saya buat betul2 kekurangan bahan. Saya suka resepi asam pedas melaka yang
disumbangkan oleh Junjs11 dalam MyResipi. Biarpun asam pedas yang saya
buat kekurangan bahan tapi ia tetap sedap. memang dari dulu kalau nak buat
asam pedas melaka saya akan guna resepi nie. Ini resepi yang paling sedap
yang pernah saya cuba.
Tengok betapa kosongnya asam pedas yang saya buat. Tak pe yg
penting sedap.
Saya ada kawan dari Melaka
iaitu Zarina. Setiap kali dia balik melaka pada setiap hujung minggu dia
akan bawakan asam pedas ikan yang dibuat oleh mak dia khas untuk kami
kawan2 serumahnya. Asam pedas yang paling sedap yang pernah saya makan.
Bila zarina dipindahkan ke Muar, saya bukan sahaja kehilangan rakan baik
tapi juga asam pedas mak Zarina. Bila saya cuba asam pedas resepi Junjs11,
saya bagaikan dapat rasa semula asam pedas mak Zarina wp saya buat belum
100% dapat menandingi kesedapan asam pedas buatan orang Melaka.
Kalau anda berminat dengan
resepi asam pedas ini anda boleh dapatkannya di sini http://www.myresipi.com/top/detail/1329.
0 comments:
Post a Comment