Tuesday, April 13, 2010

Pulut Dakap/Pulut Pisang

Masa saya bawak tepung bungkus ke pejabat tempohhari, my ofismate Chan sangkakan saya bawak pulut dakap. Chan yg merupakan orang Alor Setar menceritakan kesedapan pulut dakap yang dibuat oleh emaknya. Apabila mendengar Chan bercerita mengingatkan saya kepada pulut dakap yang dibuat oleh mak. Agak sukar untuk menemukan pulut dakap terutama dikawasan KL nie. Kami juga adalah orang utara yang berhijrah ke Pahang, so pulut dakap bukan asing lagi dalam keluarga kami.



Sebenarnya mak saya juga amat jarang buat pulut dakap untuk meniaga. Dia hanya buat pulut dakap nie bila anak kesayangannya iaitu adik bongsu saya meminta beliau buat. Oleh kerana daun pisang masih berbaki lagi saya cuba mencari resepi pulut dakap di internet. Tak banyak resepi pulut dakap ditemui. Saya cuba resepi pulut dakap di Myresepi. Inilah hasilnya.....sebenarnya agak mengecewakan. Saya kurang berpuashati dengan pulut dakap ini. Mungkin salah saya.... salah teknik membuatnya bukan salah resepi ini. Apa-apapun saya akan cuba sekali lagi selepas ini. Mungkin kena balik terengganu dan berguru balik dengan mak. Apabila sudah dapat resepi & teknik yang betul sehingga dapat menghasilkan pulut dakap yg memuaskan hati dengan rasa sebenar pulut dakap, saya akan paparkan dalam blog ini untuk dikongsi bersama.
Jika anda biasa makan pulut dakap, anda tahu ini bukanlah tekstur pulut dakap yg sebenarnya. Frust jugak bila ia tidak begitu menjadi.

2 comments:

fzi said...

Salam kenal Bdaria...
Akak suka sangat pulut dakap ni...memang best!

bdaria said...

Salam kenal juga buat Fzi. Tq krn sudi berkunjung. Pulut dakap memang kegemaran saya jugak. Pulut dakap memang best kalau kena dengan pisang yg betul. Nanti saya akan cuba lagi dan kalau menjadi....saya akan postkan resepinya.