Seorang kawan yang mengenali
saya telah melawat blog ini beberapa hari lalu. Dia tanya saya mengapa saya
tidak masukkan resepi dari emak saya. Kenapa saya rajin memasuki kelas
masakan untuk belajar kuih-muih sedangkan saya membesar dengan menolong emak
membuat kuih-muih untuk jualan setiap hari.
Emak saya mula buat kuih
untuk jualan sejak saya berusia 10 tahun. Selepas kematian ayah ketika umur
saya 12 tahun, emak memikul tanggungjawap membesarkan kami 6 beradik dengan
berjualan ditepi jalan pada setiap pagi untuk mencari rezeki. Saya sebagai
anak sulung memang membantu dia. Dia tidur pada jam 12 malam dan bangun jam
4 pagi setiap hari selama lebih 18 tahun. Selepas kami semua mampu berdikari
dan bekerja, dia berhenti membuat kuih-muih. Kini sudah lebih 5 tahun dia
berhenti dan tinggal bersama adik saya di Terengganu.
Ketika diusia remaja, saya
memang tidak beri perhatian ketika dia membuat bancuhan kuih-muih. kalau
saya bertanya tentang resepi, dia cakap " belajar pandai2, jadi
pegawai....jangan ikut jejak mak". Ada satu masa ketika dia melawat jiran
kami yg sakit, dia tidak sempat hendak pulang awal so dia call dan minta
saya buat bancuhan tepung karipap dan kuih-muih yang lain. Dia beritahu apa
yang patut saya buat tapi hari lusanya pelanggan tetap beliau mengadu rasa
karipap tu lain dari biasa. sejak tu saya tidak pernah buat apa-apa bancuhan
kuih lagi. Emak akan buat semua bancuhan kuih-muih dan letakkan ditepi.
Apabila saya siap buat semua kerja sekolah, saya akan turun kedapur dan buat
semua kuih-muih itu tadi.
Sekarang saya sudah tidak
dapat merasa lagi kuih-muih buatan tangan emak. Emak pulak apabila saya
balik bercuti....akan 'mendera' saya dengan menyuruh saya memasak. Dia kata
nanti saya lupa cara nak pegang senduk sbb masak setahun sekali. Sekarang
amat susah hendak meminta beliau membuat kuih kegemaran kami. Apabila saya
tanya resepi kuih, seperti orang tua-tua lain dia bagitau bahan-bahan resepi
pakai agak-agak....mana ada sukat2 pakai timbang atau cawan.
Oleh kerana saya dibesarkan
oleh emak yang membuat kuih-muih maka saya amat cerewet pasal kuih-muih ini.
Saya agak sukar membeli kuih-muih terutama di pasar ramadhan. Sejak
kebelakangan ini saya minat semula dalam memasak dan mula rasa terkilan
sebab tidak menyimpan semua resepi emak.
Saya masuk kelas masakan sbb
saya mahukan resepi lengkap dengan sukatan dan yang paling penting adalah
belajar TEKNIK chef membuat sesuatu masakan. Teknik masakan
amat penting...anda tidak boleh dapat dengan hanya membaca resepi sahaja sbb
ada sesetengah teknik tidak boleh digambarkan dengan perkataan. Setiap orang
ada rahsia mereka sendiri......sebab itulah jika kita mencuba resepi yang
sama tetapi tidak menjadi seperti tuan empunya resepi sbb mereka tidak boleh
menerangkan teknik2 dengan terperinci sbb susah untuk ditulis kecuali anda
lihat dia buat.
0 comments:
Post a Comment