Lebihan pisang masa buat pulut dakap berbaki
beberapa biji telah menunjukkan bahawa ia perlu dibuang kedalam bakul sampah
jika saya tidak buat sesuatu. Sepulang dari gym, jam telah menunjukkan pukul
8.30mlm. Kerana sayangkan pisang tu, saya lenyek pisang dan perapkan sebentar.
Sesudah mandi dan sembahyang, saya masukkan sedikit tepung beras, garam dan
oat kedalam adunan pisang yang telah dilenyek. Dalam campak2 semua bahan2
tu....jemput2 pisang nie jadi ranggup dan sedap pulak. Resepi jemput2 pisang
oat saya dah pernah masukkan sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment