Saya tiba
dirumah dalam jam 4.30 petang menaiki airport limo. Kenapalahpemandu teksi
nie bersikap kurang ajar bila memandu. Saya hampir terhumban kedepan apabila
pemandu teksi brek dengan mengejut....bawak kereta macam kena kejar hantu
aje dah lah tu dalam teksi dia asyik maki hamun orang yang bawak kereta
slow. Inilah salah satu sebab mengapa saya benci sangat dengan pengangkutan
awam. Meluat saya tengok manusia yg berperangai begini...kenapalah malang
sangat dapat driver macam nie. Mujur sampai dirumah dalam keadaan
selamat.
Untuk makan malam saya mengoreng beberapa ekor ketam
yang dibeli. Hanya ketam goreng kunyit sahaja.Bila makan ketam nie saya
teringat kepada family saya. Biarpun penat masih belum hilang.....esok
pagi2nya saya start kereta dan terus drive balik Pahang. Call adik bongsu
yg duduk kat Kuantan supaya balik ke kampung.Biarpun saya beli sedikit sahaja makanan laut ini
tetapi saya ingin supaya adik-adik saya dapat menikmatinya bersama saya.
Saya sampai
dikampung dalam jam 12 tengahhari. Sampai saya di depan pintu rumah,
anak saudara saya si Aisyah yg berusia 2 tahun menjerit2 berlari kearah
saya....seronok agaknya tengok mak long dia tiba2 muncul depan pintu
rumah. Mujur ada coklat farero rocher yg dapat kat flight MAS dalam beg
tangan....so coklat tu sebagai buah tangan untuk si kecil aisyah. Budak
kecil nie hantu coklat (mak long dia yang
ajar...hehe).
Ok inilah Ikan Kerapu Bara masak sweet n sour. Ikan kerapu bara nie saya beli kat Sandakan. Harga sekilo ikan Kerapu Bara nie adalah RM12, seekor ikan nie lebih kurang RM8. Saya beli sebab warna ikan nie cantik sangat....merah menyala selalu yg kita jumpa kerapu yg berwarna hitam.
Tak payah resepilah ye...saya main campak-campak aje....sos tomato saya gantikan dengan 3 biji tomato yg diblender, sos chili, sos tiram, halia muda, gula dan garam. Sebab perut dah lapar sangat dah tak ingat nak bersukat-sukat....masak pakai sesedap rasa saja. Isi ikan kerapu bara nie memang sedap dan manis...memang kenalah dengan sweet n sour. menyesal pulak hanya beli seekor sahaja bukan senang nak jumpa kat KL.

0 comments:
Post a Comment