==================================================
Petang semalam,
buat temujanji dengan lela nak kerumah dia untuk menghantar kain bagi dibuat
baju raya. Tahun nie tak banyak hanya dua pasang sahaja(kain yg dibeli
diBandung) untuk dijahit oleh Lela. Lela nie muda lagi rasanya dalam
lingkungan 25 tahun, berhenti kerja kerana hendak menjaga anak yang masih
kecil dan menjadi surirumahtangga sepenuh masa. Dia ambil upah menjahit bagi
menambah pendapatan. Kerja jahitannya kemas sangat....saya suka tempah baju
kat lela nie.
Semasa lalu kat kedai india kat bawah apartment A untuk ke apartment B(rumah Lela) saya pesan kelapa parut sebiji sbb ingat nak buat inti kelapa. Sebiji kelapa parut RM1.80....mahal betul. Balik ke rumah teringat nak makan pulut kukus dengan ikan masin. ikan masin nie saya beli semasa di Sandakan, saya tak tahu nama ikan nie sbb saya "buta nama ikan".
Tentu ramai yang teringat pulut kukus nie dimakan bersama kelapa parut dan ikan masin....tambah pulak bila time hujan fuhhhh boleh habis seperiuk. Teringat masa kecil2 dulu....bila cuti sekolah kami balik ke Changlon jumpa arwah tok (nenek) dan tok wan. Arwah Tok akan kukus pulut lepas tu dia gaul dengan kelapa dan dikepalkan bersama-sama dengan isi ikan masin dan bagi kami makan. Sedapnya bila tok kepal pulut tu.....sebab teringatkan arwah so saya pun kepal2 kan pulut nie.

Pulut bersama ikan masin
Photo and recipe by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya
1 cawan pulut (dibersihkan dan ditoskan)
Air secukupnya
1/4 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
secubit garam (sikit saja....jangan sampai masin sangat)
Ikan masin kesukaan anda
Cara-caranya:-
- Bersihkan pulut dan tanak seperti masak nasi. Masukkan air sama paras dengan pulut dan tanak sehingga masak. Saya masak guna rice cooker. sebenarnya pulut nie sedap dikukus tapi saya buat tanpa perancangan so saya tanak saja supaya lebih cepat. Jika nak kukus....rendam dulu pulut lepas tu kukus sehingga masak.
- Gaulkan kelapa parut dengan secubit garam. Saya masukkan satu jari dalam bekas garam dan baru gaulkan garam yang terlekat di jari dengan kelapa supaya saya tidak terlebih letak garam.
- Goreng ikan masin
- Pulut digaul denga kelapa dan dimakan bersama ikan masin.
0 comments:
Post a Comment