==================================================
Puding roti
coklat nie saya baru buat saja tadi, selepas balik kerja dan tidak pergi gym
hari nie sbb hantar kawan ke stesyen LRT. Sedap makan panas-panas. Jika anda
ada anak yang suka makan coklat, puding nie memang betul2 bercoklat. Bagi
pendapat peribadi saya, saya kurang mengemari puding nie sbb rasa
muak....mungkin sbb saya tak suka terlalu banyak coklat atau sbb bila makan
tu teringat akan kalori/lemak yang masuk dalam badan sbb tu bila masuk
sesudu dalam mulut....rasa bersalah tu melebihi rasa sedap puding. Wbp anda
boleh cuba.....saya tak suka mungkin anda suka kan. Selera kita
berbeza.
Puding Roti Coklat Panas (Roti coklat puding
panas)Recipe by Majalah sedap bil 26
photo by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya (anggaran :6 orang makan)
600ml susu cair coklat (saya guna susu coklat)
200gm coklat masak hitam (coklat masakan)
150gm roti tawar, dikisar halus
50gm gula pasir halus
1/2 sudu teh garam (saya masukkan 1/4 st sahaja)
Bahan Topping:
1 sudu makan aising untuk taburan
Cara membuatnya:-
- Panaskan susu. Matikan api. Masukkan potongan coklat dan kacau sehingga larut
- Campurkan bahan kisar roti tawar, gula pasir dan garam. Kacau rata
- Masukkan campuran susu sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
- Tuang dimangkuk tahan panas kecil yang telah disapu marjerin
- Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180 c sehingga masak
- Hidangkan panas dengan taburan gula aising
- Supaya roti tawar lebih mudah dikisar,
biarkan roti tawar terdedah udara luar beberapa minit supaya ia mudah
dikisar. Roti tawar yang segar akan bergumpal jika tidak dibiarkan
terdedah pada udara.
Saya masukkan
puding dalam bekas tin macam nie so ia tidak cantik sangat. Saya tak ada
bekas tahan panas yang cantik so pakailah bekas nie kemudian saya ceduk
masuk dalam gelas berkaki nie untuk ambil gambar sahaja.
0 comments:
Post a Comment