Friday, July 16, 2010

Kek Mangkuk Keladi



Keladi masih banyak lagi....wp dah buat 2 jenis masakan tapi masih berbaki lagi. Bila tengok resepi nie dalam majalah dan kebetulan semua bahan ada, saya cubalah buat resepi nie.Tengok gambar dalam majalah nampak menarik sangat....nampak gebu dan lembut. Bila saya buat ia tidak menjadi seperti yang sepatutnya....rasa dia lebih kepada apam kukus saja tidak rasa macam kek langsung. Saya tak pasti samaada saya salah atau resepi nie terkurang sesuatu. Apa-apapun inilah resepinya.....



KEK MANGKUK KELADI
Recipe by Majalah Sedap Bil 26
Photo by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya(10 mangkuk)

Bahan A
  • 20gm tepung gandum
  • 35ml air
  • 1 sudu teh yis segera
Bahan B
  • 100gm gula pasir
  • 150gm keladi, dikukus dan dilecek halus
  • 1 biji telur
  • 130gm tepung gandum
  • 85ml santan suam dari 1/2 biji kelapa (saya guna santan segera)
  • 1/2 sudu teh garam (masin sangat, kurangkan kepada 1/4 sahaja)
  • 1 titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh pes keladi (saya guna yam paste)
Cara membuatnya:-
  1. Bahan A. Kacau rata tepung gandum, air dan yis. Biarkan selama 30 minit
  2. Bahan B. campur gula dan keladi. gaul rata sehingga gula hancur
  3. Masukkan telur dan bahan A. Gaul rata. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan santan suam dan garam sambil diuli rata/gaul rata
  4. Tuangkan baki santan suam sedikit demi sedikit sambil di gaul dan dipukul perlahan dengan mengunakan pemutar spiral selama 15 minit.
  5. Masukkan pewarna ungu dan pes. Kacau rata. Biarkan selama 45 minit
  6. Panaskan acuan muffin kecil yang disapu nipis minyak dalam periuk kukus selama 10 minit atas api besar. Tuangkan adunan setinggi acuan
  7. Kukus selama 20 minit dengan api besar sehingga masak.
Note:-
  • Kek mangkuk nie lebih kepada apam kukus so jangan marah saya tak beritahu yang rasanya bukan kek wp namanya kek
  • Saya guna magkuk muffin besar sbb tu kek mangkuk saya tidak cantik sangat.
  • Untuk kukusan kali ke 2 saya guna bekas lompang so nampak cantik sikit dan masak kukusan saya kurangkan kepada 10 minit sahaja.
  • Saya tidak pasti jika masa kukusan 20 minit tu perlu sbb mula2 kek akan naik tinggi dan gebu tapi bila lebih dari 15 minit ia mendak kebawah dan jadi mampat.
  • Adunan kek nie pekat semacam dan rasa susah nak masukkan dalam acuan, so anda boleh masukkan adunan dalam plastik dan potong hujungnya dan tekan dalam acuan supaya ia mudah dimasukkan.
Pesan Sedap
  • Kacau-kacaukan adunan sebelum dituang supaya permukaannya tidak berlubang

1 comments:

Mimbulus Mimbletonia said...

Tipsone.com tu mmg suka blog awak ni yer? siap copypaste, seb baik ada letak jugak kredit to your blog...

http://resepi.tipsone.com/kek-mangkuk-keladi.html/