Tuesday, June 21, 2011

Chocolate Chip Banana Muffin




Semalam saya masih demam so lepas kelas saya terus balik ke Kota Damasara. Saya lebih selesa tidur di rumah berbanding diasrama sebab sejak di asrama saya hadapi masalah sukar untuk tidur. Sampai kat rumah dalam jam 5.30 petang, saya cuba baring tapi jiran kat tingkat atas asyik dok buat kerja grinding....bunyi bising menganggu saya nak berehat....saya ke dapur tengok apa makanan yang ada....peti ais kosong....hanya tinggal beberapa biji pisang emas yang dah kehitaman dan telur. Saya buat muffin....ini adalah dinner saya semalam.




Susah ke nak buat muffin, bagi saya muffinlah yang paling senang sekali nak buat....tak rumit....tak perlu dikeluar mesin segala...hanya campur-campur dan gaul pastu bakar. Baki muffin saya bawa ke kelas pada hari nie. Resepi muffin nie saya ambil dari allrecipes yang dikongsi oleh Lois Gordon. Sedap....simple dan mudah.




Chocolate Chip Banana Muffin


Sumber : dari sini



Bahan-bahannya:-



220gm tepung gandum
150gm gula halus - (saya kurangkan kepada 130gm sahaja)
5 g baking powder
5 g baking soda
3 g garam
1 biji telur
120 ml minyak sayur (saya guna majerin cair)
120 ml plain yogurt (saya gantikan dengan susu segar + 1 sudu cuka = perap sebentar)
5 ml esen vanilla
150gm pisang yang dilenyek (saya guna 4 biji pisang emas)
125gm chocolate chip



Cara-caranya:-



1. Ayak semua bahan kering kecuali garam dan ketepikan



2. Pecahkan telur, pukul sedikit dalam bekas. Masukkan plain yogurt atau susu, minyak atau majerin/butter cair.



3. Masukkan semua bahan kering yang diayak tadi kedalam bekas tadi, gaul rata. Masukkan garam dan esen vanilla. gaul.



4. Masukkan pisang yang dilenyek dan chocolate chip (tinggalkan sedikit untuk ditabur diatasnya)



5. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selama 10 minit terlebih dahulu.



6. Masukkan mufin papercup dalam acuan dan guna scoop aiskrim untuk memasukkan bancuhan dalam papercup sehingga 3/4 penuh



7. Bakar dalam 15 minit.



Nota



- Jika mencairkan butter/majerin, jangan terlampau cair atas api sebab ia akan membantatkan muffin. Cukup jika dah separuh cair dan kemudian tutup api dan kacau dengan senduk kayu sehingga semua cair.

2 comments:

Amie said...

assalam,
bagi yg dah biasa buat muffin memang rasa sgt mudah, tp yg tak biasa @ tak pandai macam kak amie... mmg rasa agak sukar, suka makan muffin...sib baik ada jual di kedai heheehhee

quinnie said...

cantik naiknya muffin nih...tiba2 teringin lak...ehehhe