Thursday, May 12, 2011

Bahulu, resepi 1

Malam nie saya testing acuan kuih bakar. lepas rendam sekejap dengan air asam jawa pastu masukkan dalam oven selama 60 minit. Semasa masukkan dalam oven, acuan di isi dengan minyak masak dan dipanaskan dengan suhu 60C.


Saya pernah masuk kelas bahulu tapi resepi yang chef tu ajar kat kelas....keras. Dia buat kat kelas pun dah keras so saya tak rasa saya nak cuba resepi tu kan. Saya cuba buat guna resepi [email protected]. Inilah hasilnya..........








Hasil percubaan pertama


1. Acuan melekat so lepas nie kena rendam lama sikit

2. Hanya perang dibahagian atas tetapi dibahagian bawah kurang perang. Solution - saya kena tetapkan suhu pada 200C dan dulang diletakkan dibahagian bawah sekali. Masak dalam 10 minit.

3. Tekstur bahulu nie lebih kepada tekstur kek.....terlalu gebu. Saya kena lebihkan tepung lagi.


Ok inilah resepinya jika anda ingin cuba. Saya adjust tepung kat dalam resepi nie.


Bahulu

Resepi asal oleh [email protected]

photo and publish by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-


5 biji telur gred A

190gm gula pasir

1/2 tsp esen vanilla atau esen rose

150gm tepung gandum

1/8tsp baking powder


Cara-caranya:-


1. Pukul telur dan gula sehingga kembang, putih dan pekat. pukul lama ye

2. Ayak tepung bersama-sama dengan baking powder

3. Masukkan tepung dalam adunan telur, kacau secara kaup balik sehingga sebati

4. Masukkan dalam acuan yang telah dipanaskan dan masak selama perang (dalam 10 minit)

5. Keluarkan bahulu dari acuan dan sapukan minyak lagi pada acuan sebelum masukkan bancuhan.


Nota:-


1. Pastikan acuan yang baru dibeli atau lama tidak digunakan direndam dengan lama dan kemudian dikeringkan dan dimasukkan minyak dan bakar perlahan dalam oven selama sejam atau lebih. Jika masih melekat.....ulang semula proses sehingga ia tidak lagi melekat.


2. Tepung gandum hendaklah disangai dalam kuali sebentar atau dimasukkan dalam oven sebentar supaya bahulu gebu dan lembut


3. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan.




Baru bakar bahulu pecah lapan sebanyak 7 biji, kedua-dua belah tangan saya dan melecur. Kulit saya nie jenis sensitive.....kesan melecur tu akan jadi parut yang tak akan hilang lepas nie. Macammana nak buat sampai 50 biji.......baru beberapa biji dah melecur.

Saya kena cuba resepi lain pulak lepas nie. Mak saya dulu buat cara orang lama. Sukat mengunakan mangkuk. 1 mangkuk telur dan 1 mangkuk gula. Pukul sampai putih dan pekat. Kalau buat telur 30 biji telur, kena pukul telur sampai separuh hari pastu bakar guna arang dan sabut. Merah mata-mata bila nak habiskan semua adunan. Kadang-kadang sampai tengah malam baru siap tapi itulah bahulu yang paling sedap. Sekarang nie dah senang.....pakai order je. Kat kampung saya ada beberapa orang buat bahulu yang sangat sedap. Kalau nak order boleh sangat tapi saya tetap nak buat sendiri sebab ada satu kepuasan.

1 comments:

Aqil said...

salam
Kite suka baca n3 akak ;D
rajin dan b'semangat sungguh akak nak buat bahulu...respect ngn akak...kite dokan akak berjaya dan semuanya berjalan dgn lancar...insya'Allah ;D