Sunday, May 22, 2011

Silap kira atau memang nak menipu

Apabila anda beli ikan kat pasar malam atau pasar tani atau pasar borong, anda terfikir tak bahawa mereka akan menipu anda dari segi timbangan atau kiraan harga. Pagi nie saya pergi ke pasar tani Shah Alam dan selalunya saya akan dapatkan bekalan ikan segar (wp tak berapa segar) kat sini.


Percaya tak kalau saya kata 3 ekor ikan kembung dan seekor ikan cencaru tu berharga RM8. Walaupun saya rasa mahal sangat dan pelik sebab ikan sebanyak ini (bukan ikan besar pun) tapi berharga RM8 tapi saya bayar dan ambil ikan tu (bodoh kan).


Bila balik ke rumah saya terus ambil mesin timbangan dan timbang ikan kembung yang 3 ekor tu. Berat ikan kembung tu adalah 275gram sahaja. Harga 1 kg ikan kembung adalah RM13 (harga yang diletakkan pada ikan tu masa beli tadi). Jadi harga ikan kembung 3 ekor tu hanyalah RM3.57. Jadi adakah anda rasa ikan cencaru yang sederhana besar tu berharga RM4.43. Berat ikan cencaru tu tak sampai pun 150gram.


Saya telah ditipu oleh peniaga ikan nie. Saya rasa sebab dia tak lulus matematik masa SPM kot sampai nak mengira pun tak reti. Kadang-kadang kita sebagai pembeli nie.....percaya 100% pada kiraan penjual. Yang pasti peniaga nie melayu dan dah tentu islam.......moga dia insaf. Tak senang mana hidup kalau reseki tu tak halal. Kedai penjual nie berada dibahagian tengah diantara lorong penjual ikan kat Pasar Tani Shah Alam

2 comments:

Jamie said...

saya pun pernah pegi kedai beli sayur2 2-3 macam jer harga sampai rm20, saya suruh cashier kira semula sbb tak puas hati, bila kira balik rupa2 hanya rm8 jer..silap tekan harga yg sepatutnya rm1.30 dia tekan rm13..nasib baik check. kalau jenis org yg main bayar jer..haru

Chik Mimi said...

selalunya kita bila dah kena baru kirakan sama la dengan saya,tapi kalau ikan kembung rm13/kg memang mahal sebab,dah 2 bulan ikan kembung kat penang murah last week rm4/kg yang baru-baru siap ada lendirnya lagi.Tapi mungkin nak bawak ke KL tu kos mahal kut kan