Pagi tadi saya pergi ke Pasar
Tani Shah Alam untuk ambil tempahan sampul tisu. Saya dah tempah 300pcs
sampul tisu yang akan dimasukkan kedalam beg goodies sebagai door gifts.
Selalunya saya pergi awal pagi supaya senang nak parking.
Jumaat lepas, kawan saya ajak
pergi De Zahra untuk tengok tudung. Bila tengok ada offer tudung bercorak
nie RM50 sehelai maka saya ambillah 3 helai dan kawan saya 1 helai. Koleksi
tudung saya banyak dari DeZahra sebab saya selesa pakai dan ngam dengan
bentuk muka saya. Saya tak pernah beli kat Ariani....pernah sekali dua masuk
kat sini tapi keluar tanpa sehelai tudung pun sebab rasa tak sesuai dgn
bentuk muka.
Pagi tadi lepas
ambil tempahan dan bawak kotak besar yang mengandungi 300psc tisu (parking
kereta jauh dari booth penjual tu), saya terpandang ramai orang perempuan
dok kerumun satu booth tudung. Tengok kat booth tu ada banner Tudung Ratu.
Saya letak kotak besar tu kat tepi booth dan masuk tengok tudung
bersama-sama pengunjung yang lain. Cantik jugak design dia...dia lelong
sebab itu stok penghabisan. Mula-mula saya ambil 2 helai saja....risau nak
ambil banyak sebab takut tak sesuai dgn muka. Sehelai tudung hanya RM15
sahaja.
Masa tengah pilih, tiba-tiba
bahu saya ditepuk oleh seseorang. Rupanya kawan sekerja dari cawangan SA
......dia beritahu dia dah beli 9 helai tudung minggu lepas dan minggu nie
dia datang lagi untuk dapatkan tudung2 lain. Dia beritahu saya setiap minggu
outlet Ratu akan buat jualan penghabisan stok dan tudung-tudung berbeza dgn
minggu sebelumnya akan diletakkan. Mana nak jumpa tudung berharga RM15 bagi
kualiti yang baguskan. lepas dengar kawan saya cakap macam tu .....saya pun
apa lagi pilihlah 2 helai lagi. Mujur duit kat dompet tu hanya tinggal
beberapa puluh lagi...kalau tak mungkin borong banyak macam kawan saya
jugak. Bila sampai kat rumah saya cuba pakai.....yessss memang ngam dengan
muka dan cantik jugak. puas hatilah....ingat nak pergi lagi minggu depan
tapi kena balik kampung sebab adik perempuan saya nikah hari sabtu 28hb
Mei.
5 comments:
kat mana lokasi kedai Ratu tu..??
sya mmg suka tudung jenama ratu..berkualiti n hartga pun berpatutan. diaorg mmg selalu buat sale dan saya dah jadi member..memang berbaloi compare to ariani..rega tak berbaloi dgn tudung
Salam Nazrah,
Bukan kedai tapi booth kat pasar tani aje. Sy parking kat area org jual kereta tu dan kemudian sy jalan menghala ke booth2 yg bertentangan dgn Giant. Booth Ratu terletak disebelah kiri. Tak boleh nak describe dgn detaillah sbb nie pasar tani.
Salam Jamie,
Dari segi tudung sy tak bandingkan antara satu jenama dgn jenama yg lain. Bagi saya kalau selesa pakai dan ngam dgn muka dah OK, tak kisahlah berjenaman atau pasar malam. Sy tak beli Ariani sbb muka sy tak ngam dgn design tdg tu tp kwn2 saya suka. So ia terpulang pd individu. Ratu nie pun first time sy cuba pakai....ngam kira oklah.
Hi,
Saya tengah cari preloved tudung dezhara yang nak di letgo
kalo ada email saya yee..
[email protected]
Post a Comment