Ini kali pertama saya
hendak membakar roti mengunakan oven nie. Selama nie oven nie duduk
tersimpan dalam kotak. Sudah ada meja kerja maka senanglah saya hendak
meroti.
Saya keluarkan kembali nota resepi kelas roti yang pernah saya ikuti dulu. Kali nie saya buat roti dengan mengunakan kaedah sponge dough. Memang jadi elok....tiada masalah dari proses menguli dan membentuk. Saya buat roti inti kelapa. Inti kelapa saya nampak agak gelab sikit sebab saya banyak masukkan gula merah.
Selepas 4 minit dalam oven, bahagian atas dah mula keperangan. Saya ikut resepi.....resepi kata bakar dengan suhu 200 C selama 12 minit. So saya setkan oven saya pada 200C dengan masa 12 minit. Saya masih belum 'serasi' dengan oven nie lagi. Masih baru.....wp dah beli lama.
Selepas 12 minit.....roti saya hangit. Rupanya suhu oven saya kena diturunkan kepada 150C supaya ia boleh masak dengan sempurna. Satu experimen untuk menserasikan diri dengan oven Fagor nie.

Yang nie bukan hangit sangat tapi roti
coklat.....ini selepas saya adjust suhu dan panjangkan tempoh 12 minit
kepada 20 minit. Resepi nantilah bila roti yang saya buat menjadi
elok....barulah saya kongsikan resepi tu diblog nie.
4 comments:
tc mengidam nak sebiji oven macam ni, sebab oven sekarang ni dah jenuh mengadjust...selalu kalau bakar kek tengahnya selalu mcm tak masak walau pun tepi dah agak "garing"
dah puas adjust suhu dan masa....almaklum le oven murah jenama cornell
btw... ada ketikanya tc menggunaakan resepi puan, andaikata tc terlupa nak letakkan kredit untuk puan didalam blog tc...tc minta halalkan
cantek la dapur akak... huhuu ;)
ade banyak dah amik resipi akak utk dicuba. terutama kuih penderam tuh. paberet tu. nanti klw ita dah buat, ita masuk gak dlm blog. hehehee
salam Tok_chik,
Terima kasih keran berkunjung kat sini. Tak payahlah panggil 'puan' bukan kat ofis....formal sgt. Insyaallah ada reseki, nanti boleh beli satu. Sy pun beli masa warehouse sale.
Kalau setakat nak ambil resepi dan cuba....ambillah. tak letak link pun tak pe. Tujuan resepi dipaparkan adalah untuk dikongsikan...memang dihalalkanpun. Yg jadi isu para food blogger adalah copy seluruh entry termasuk gambar pastu paparkan kat blog....itu yg kami marah sangat.
Salam Ita,
terima kasih sebab berkunjung. Cubalah resepi tu nanti saya jenguk blog ita pulak.
Post a Comment