Syukur
alhamdulillah.....Allah memanjangkan umur saya sehingga ke hari ini.
Bertambahlah satu angka lagi. Pada tarikh ini dalam tahun 70-an, pasangan
muda Tom(17 tahun) dan Hussein(19 tahun) menyambut kelahiran anak sulung
mereka.....bukan seorang tapi sepasang kembar lelaki dan perempuan. Bayi
perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital manakala bayi lelaki yang
dilahirkan cukup sempurna sifat dan dikata amat comel sekali ditinggalkan
dirumah bersama nenek. Selama 2 bulan, bayi perempuan ini bertarung nyawa
dan ramai yang menjangkakan bahawa nyawa anak ini tidak panjang. Kuasa
Allah, bayi perempuan yang tenat ini selamat tetapi bayi lelaki yang sihat
walafiat pergi menemui Allah diusia 3 bulan. Ramai mengatakan kami bertukar
nyawa. Selama setahun lepas itu, rumah saya adalah hospital.....mak saya
beritahu bagaimana teruknya saya menjerit ketakutan bila melihat doktor
datang untuk suntik sehinggakan tiada ruang lagi dilengan dan paha saya
untuk terima jarum suntikan. Arwah ayah terpaksa bermalam dikaki lima
hospital dan kadang-kadang dihalau oleh pengawal dia hanya kerana arwah ayah
tak nampu nak berulang setiap hari dari Changloon ke hospital Alor
Setar.
Selepas setahun setengah di
hospital saya dibenarkan keluar. Nasib saya tak sudah disitu apabila diwaktu
subuh ketika umur saya 2 tahun, emak tinggalkan saya sebentar untuk ke
jamban (rumah kampung lama, jamban jauh kat luar). Kucing naik dan masuk
dalam rumah, saya pulak takut kucing...masa tu saya terlanggar pelita dan
menyebabkan api menyambar kelambu dan api marak sehingga menyebabkan sebelah
badan saya terbakar (saya dalam kelambu...pelita kat sebelah luar kelambu)
dan menyebabkan sekali lagi saya berada di hospital. Semasa umur saya 3
tahun, ketika arwah ayah sedang mengasah sabit kat pelantar rumah, kawan
ayah datang dan ayah letakkan sabit ditepi tiang pelantar sebentar untuk
berbual dengan kawan dia tu. Saya masa tu tengah main layang2 kat sawah tepi
rumah kami. Tiba-tiba saya balik dan tanpa ayah sedar saya terus naik ke
pelantar rumah dan pijak sabit yang baru diasah oleh ayah. Darah memancut
keluar dan tapak kaki saya terbelah dua....saya bernasib baik tulang keras
tapak kaki tidak terputus sama....sebab tu tapak kaki saya masih boleh
dicantum semula sebab arwah ayah pegang erat tapak kaki saya walaupun darah
memenuhi badan dia. Dia cempung saya dan bawak saya ke hospital.
Diusia 3 tahun saya mempunyai
3 parut besar, satu kesan tebuk di leher saya, kesan parut terbakar
dibahagian kanan badan saya dan kesan luka jahitan memanjang di tapak kaki
kiri saya. Kadang-kadang bila saya duduk bersila....orang akan datang dan
sentuh tapak kaki saya sebab mereka terkejut tengok kesan jahitan yang besar
tapi saya boleh berjalan dengan sempurna. Orang kampung memang mengeleng
kepala bila tengok saya....mereka kata susahnya saya nak hidup. Sekarang nie
kalau saya balik ke Changloon, mereka lagilah terkejut tengok
saya......budak yang sebesar tapak tangan dalam buaian dulu sudah sebesar
nie (saya tinggi dan bertubuh tegap). Emak saya suka bercerita tentang hal
ini terutama sekali apa yang arwah ayah saya lakukan untuk selamatkan nyawa
saya. Betapa teruknya arwah ayah berkerja ambil upah untuk bayar bil
hospital sedangkan arwah ayah tidak pernah bekerja kasar diwaktu remajanya
sebab dia anak tok guru dan dia pula hanya mengajar orang mengaji Quran dan
membantu arwah datuk mengajar kelas agama. Untuk menyelamatkan nyawa saya,
arwah ayah terpaksa melakukan kerja-kerja kasar. Di usia saya 4 tahun, kami
sekeluarga berpindah ke Pahang....ketika tu saya dah ada 2 orang adik
perempuan.
Syukur kepada Allah saya
dapat melihat dunia sehingga hari ini dan dapat menyambut hari jadi saya
yang ke...... pada hari nie. Moga peluang hidup yang Allah berikan kepada
saya....tidak saya sia-siakan dalam menunaikan tanggunjawap sebagai
hambanya.
19 comments:
Selamat Hari Lahir. Moga keberkatan sentiasa mengiringi
HAPPY BIRTHDAY...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...AMIN.
Happy birthday Bdaria,semoga sentiasa berada dibawah lindunganNYa Amin..
Bdria,
Akak nak ucpkan Selamat Menyambut HariLahir ,semuga Didlaam limpahan kasih sayang ALLAHswt,ceria selalu ya.
sayu baca kisah Bdria nie..semuga ALLAh memberikan kekuatan dalam mejalani kehidupan.
Slmat ulangtahun ke.... Semoga kamu dilimpahi rahmat dan rezeki yg bertambah-tambah.Mungkin anda juga se usia dgn sy, slmat hari lahir.
Selamat hari lahir bdaria. rumit jg prjalanan hidup bdaria masa kecil dulu ye..smg sentiasa berbahagia dan dimurahkan rezeki.
Selamat hari lahir Bdaria.Dari segala yang berlaku sejak kecil mungkin ini telah cukup menunjukkan bdaria seorng yg tabah. Semuga diberkati didlm kehidupan....
akak ucapkan selamat hari jadi.. semoga apa yang di hajati akan di makbulkan allah swt..
Tahniah dan Alhamdullilah dipanjangkan usia... daria bbintang gemini sama dgn saya... dr tulisan dan cetusan rasa ada persamaan dgn saya....semuga dkurniakan rezeki yg lebih baik dr hr ini.
salam bdaria...sengil chooka hamnida (hpy b'day to u dlm bahasa korea).....saya ni peminat tegar drama korea n kpop...hehhehe...sayu jugak dengar citer bdaria ni....apa2 pun moga Allah limpahi bdaria dgn umur yg panjang..dan dimurahkan rezki.:)
Happy birthday Bdaria, saya punya 29 May hehe. Rasanya saya tua sethn dari Bdaria kot.
Semua orang ada cerita sedih, saya tak pernah merasa kasih seorang ayah. (Arwah ayah meninggal masa saya 6 bulan dlm kandungan) tapi saya percaya semua kejadian tu ada rahmat disebaliknya dan menjadikan kita seorang yang lebih tabah.
Moga Bdaria dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..
alah.. sorry dah terlewat lama x buka tenet. HAPPY B'DAY BARIA..!!! Moga bahagia sentiasa dan cpt ditemukan jodoh yg baik..! Aminnnn..
Kueh tiram tu sedap betul, rangup & rapuh, anak semua suka dan paling suka akaklah..! thanks dear...
alah.. sorry dah terlewat lama x buka tenet. HAPPY B'DAY BARIA..!!! Moga bahagia sentiasa dan cpt ditemukan jodoh yg baik..! Aminnnn..
Kueh tiram tu sedap betul, rangup & rapuh, anak semua suka dan paling suka akaklah..! thanks dear...
slmt hari lahir tersentuh hati saya membaca n3 ini kasih ayah ...........
happy birthday to u....segala yang terjadi sepanjang hidup kita membuatkan kita lg tabah menghadapi dunia ini.Insyaallah.may ALLAH bless u always
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK BUAT RAKAN-RAKAN YANG SUDI MENGUCAPKAN SELAMAT HARIJADI DAN MENDOAKAN SAYA. SAYA AMAT MENGHARGAI KEPERIHATINAN ANDA SEMUA. LOVE U ALL. THANKS AGAIN.
happy belated birthday....
tersentuh hati bila membaca kisah bdaria. betapa kasih ayah & ibu membesar dan melindungi anak. semoga hidupmy dilimpahi kasih sayangNya! selamat panjang umur.
Salam Ami,
Terima kasih. Mak saya suka bercerita sebab dia nak saya ingat bahawa arwah ayah sgt2 sayangkan saya. Bila tengok parut-parut dibadan...saya amat bersyukur sebab dapat hidup hingga hari ini.
Post a Comment