Esok saya akan menjalankan
pembedahan mata kat Hospital Mata Tun Hussein Onn (THOH). Baru sebentar tadi
staff THOH menelefon mengingatkan saya supaya mula berpuasa pada jam 12
tengah malam dan esok padi jam 7.30 pagi saya harus berada di hospital. Ini
adalah operation ke dua yang saya buat. Kali pertama saya buat dalam tahun
2000, ketika tu pembedahan dilakukan tanpa bius....saya nampak apa yang
doktor buat pada mata kiri saya....memang amat nyeri terutama bila melihat
semua objek-objek tajam dihalakan ke anak mata....lepas sahaja pembedahan tu
saya menjadi takut untuk buat pembedahan seterusnya iaitu untuk mata kanan.
Ketika tu saya harus jalankan pembedahan untuk mata kanan selepas 3 tahun
dari tarikh pembedahan mata kiri. Kini setelah 10 tahun berlalu, barulah
saya memberanikan diri untuk perhi semula ke THOH bagi menjalankan
pembedahan mata kanan. kali nie saya minta supaya dibius pengsan kerana saya
terlalu takut untuk menjalankan pembedahan tanpa bius.
Ini bukan pembedahan mata
kerana katarak atau lasik, tapi ia adalah disebabkan oleh sejenis ketumbuhan
yang berada dimata putih saya. Akar ketumbuhan tersebut telah menjalar ke
anak mata hitam. Dua minggu lepas tompokan akar-akar ketumbuhan tersebut
membengkak dan mata saya mula berdarah. Masa tu memang malu nak berjumpa
dengan orang sebab mata saya merah seperti orang sakit. Saya jumpa doktor
biasa dan beliau menyatakan bahawa pendarahan dalam mata itu tidak merbahaya
tetapi menasihatkan saya supaya membuang akar ketumbuhan yang nampak telah
memasuki anak mata hitam saya. Saya tak ingat nama penyakit saya
nie....terlalu panjang dan sukar untuk disebut dan diingati. Doktor hanya
sebut ketumbuhan sahaja.
Kos pembedahan dalam tahun
2000 hanya RM800 sahaja tapi sekarang kosnya meningkat kepada RM4000. Hanya
untuk satu mata sahaja.....doktor maklumkan bahawa mata kiri saya juga perlu
dibedah sekali lagi. Mujur kos pembedahan tersebut ditanggung insuran.
Saya dah selesai mengemop
lantai rumah, memasak sup untuk seminggu dan peti ais dan kabinet saya dah
penuh dengan stok makanan untuk seminggu. Lepas pembedahan, saya akan berada
dirumah seminggu dan berpantang. Tak boleh angkat barang-barang berat dan
buat kerja berat. My friend tanya kenapa tak call family saya dan minta
tolong mereka uruskan. Saya tak beritahu sesiapa tentang hal pembedahan
nie...malah saya tanya doktor samaada saya boleh drive kereta lepas
operation. Doktor terkejut dan kata ' heyyyy....u baru lepas buat operation
dan masih dalam bius....mana boleh drive". Wah....sebab tak boleh drive maka
saya terpaksa menyusahkan driver ofis dan rakan sekerja untuk ambil saya
dihospital dan bawa saya balik ke rumah. Kalau boleh saya nak buat sendiri
tapi nampaknya kena susahkan orang jugak. Doakan pembedahan saya berjalan
lancar dan tiada komplikasi.
8 comments:
pertama kali saya dengar pasal penyakit ni...harap daria selamat menjalani pembendahan...saya pun jenis penakut jugak kalau bab nak bedah2 ni...hehehehe...semoga cepat sembuh....:)
Insya Allah
smoga dipermudahkan segala urusan anda bdaria
Assalamualaikum.....saya doakan Bdaria selamat menjalani pembedahan.....Insya-Allah.
Salam, kak doakan bdaria selamat dan cepat sembuh dan dilindungi ALLah,amin.
kha.
Semoga semuanya selamat ya.
Saya baru pertama kali singgah sini tgk awk masak. tq
salam bdaria.. maaf lah k.nor baru jer terbaca kisah ni.. rasanya pembedahan dah dijalankan .. mudah2an semuanya dipermudahkan.. dan semoga mata bdaria kembali sembuh.. take care ya..
saya pun akan menjalani pembedahan pada 26/7/2011..doktor kata kena pasang rubber pada mata. oleh kerana pandangan mata kiri saya kalo melihat perkataan contoh MATA, saya akan nampak saiz AT bahagian tengah menjadi penyet sedangkan M dan A sprt saiz biasa. doakan pembedahan ini berjaya
salam,
mudah-mudahan badria tabah dan pembedahan berlancar & selamat. Anak saya juga pernah mengalami keadaan yg sama, tapi masa tu anak saya baru berusia 1 bulan. Pembedahan laser pada kedua-dua mata sebab dia premature baby dan urat mata liar tumbuh disekeliling mata putih, dan jika dibiarkan boleh menyebabkan hilang penglihatan sebab urat liar akan menyelaputi mata hitam. Alhamdullillah, after almost 7 yrs, anak saya sihat walaupun rabun yang dialami kekal sepanjang hayat. Saya tetap bersyukur kerana anak saya masih mampu melihat dengan bantuan cermin mata. Semoga Badria cepat sembuh. Amin ....
Post a Comment