Kawasan apartment saya nie
dikelilingi oleh beberapa flat. Walaupun pada awal saya menduduki apartment
nie memang saya tension sebab ada penduduk flat disekitar kawasan apartment
yang suka parking lori-lori besar dan bas-bas disekitar kawasan luar
apartment sehingga menyukarkan kami untuk keluar sebab mereka menghalang
laluan. Satu keistimewaan bila berada dikawasan nie adalah tempat makan
mudah...disekitar flat banyak gerai2 kecil yang berniaga dan kedai-kedai
runcit.
Tiga minggu yang lepas, kali
pertama saya menjelajah kedai-kedai kecil tu bila nak cari kelapa parut. Ada
pasar segar yang menjual barang basah seperti ikan dan sayur, malah kat
kedai nie ada jual rebung madu tapi saya tak berani nak beli sebab kedai nie
nampak kotor dan tak terjaga serta berbau busuk wp banyak sayur-sayur
kampung yang susah nak jumpa kat supermarket ada kat sini. Saya ke kedai
runcit disebelahnya untuk dapatkan kelapa parut. Masa dok tunggu kelapa
diparut, saya terpandang satu besen yang mengandungi telur itik. Tokey kedai
kata telur itik tu masih baru sebab baru dihantar kekedainya sebentar tadi.
Saya ambil 5 biji....sebiji 60 sen. Oleh kerana telur itik tu masih baru so
saya cubalah buat telur masin basah. Cuba buat 3 biji dulu sebab risau tak
jadi lagipun ini kali pertama mencuba buat telur masin basah sendiri.
Semalam saya cubalah rebus sebiji dulu untuk dimakan bersama
bubur nasi. Bila kerat saja telur masin yg dah direbus tu.....waaaaa
cantiknya, tak terlalu masin sangat....masin sikit-sikit saja mungkin sebab
rendam tak sampai 3 minggu kot tapi saya suka tak terlalu
masin.
Inilah resepi yang saya
gunakan untuk buat telur masin tu. telur masin nie jadi elok sebab telur
itik tu baru. Saya bertuah percubaan pertama saya jadi elok.....kalau telur
itik yg dibeli tu bukan baru dah tentu ia tidak akan jadi secantik tu kan.
Ok inilah resepinya yang saya guna.
Telur Masin
Basah
Bahan-bahan:
10 biji telur itik
(saiz yang sekata dan baik)
250 gram garam dapur
1 liter air
bersih
kertas pasir/berus halus - untuk membersihkan kotoran pada
telur
1 bekas plastik yang kedap udara
Cara membuat:
1. Cuci atau lap telur
dengan air suam hingga bersih dan kemudiannya dikeringkan.
2. kemudian gosok
secara sekata ( tidak terlalu kuat dan sekadar 1 pusingan) permukaan telur
dengan menggunakan kertas pasir/ berus halus bagi memastikan liang-liang
telur terbuka.
3. buat larutan air
garam yang terdiri dari air dan garam dapur 1:4 dan masukkan larutan
tersebut di dalam bekas plastik yang berpenutup kedap udara.
4. masuk telur yang
dibersihkan ke dalam bekas (hingga semua telur terendam) dan tutup bekas
dengan penutup kedap udara.
5. simpan telur selama 15-18 hari sebelum
digunakan.
Nota:-
1. Saya buat separuh dari
sukatan bahan diatas untuk 3 biji telur
2. Sukatan air dan garam
adalah 1:4 maka saya guna 500ml air dan 65gm garam kasar untuk 3 biji telur
tersebut. Saya masak dahulu air dan kemudian larutkan garam didalamnya.
Biarkan sejuk sebelum saya masukkan telur dan rendam selama 3 minggu
3. Jangan masukkan kedalam
peti ais. letakkan diluar
4. Air haluslah sehingga
telur terendam. Saya dah buang air dalam bekas tu baru teringat nak ambil
gambar sebab tu anda lihat airnya tinggal sikit tapi ia sebenarnya
terendam.
1 comments:
semasa dikampung dulu, jiran2 biasa buat telur masin menggunakan kaedah in, bezanya mereka gunakan telur ayam
melihat posting puan,menggamit kenangan lalu
Post a Comment