Saya hendak bercerita sedikit
berkenaan dengan kejadian yang berlaku pada hari ini. Dalam dua hari nie
saya kena kerja luar....dengan keadaan panas diluar tu dah tentu letih
sangat bila balik ke rumah. Tadipun saya kerja kat luar jugak.....masa
tengah bekerja adik perempuan saya yg jadi cikgu kat perak tu call beberapa
kali. Saya jawap call dan bagitau yang saya tengah bertugas so susah nak
sembang lama-lama jadi saya janji akan call dia balik bila tugas dah
selesai.
Dalam jam 3 petang tadi, saya
call adik saya semula dan tanya apa hal dia telefon saya berkali-kali. Adik
saya beritahu yang dia bercadang nak buat pinjaman peribadi dengan bank
rakyat bagi ubahsuai rumah yg dibeli kat terenganu untuk dijadikan sebagai
homestay memandangkan dia suami isteri dah menetap di perak. Dia kata
permohonan tersebut bermasalah sebab ada sangkut dengan hutang kredit kad.
Saya terkejut sbb setahu saya adik saya nie benci dengan kredit kad. Dia dan
suami dia jenis manusia yg tak suka berhutang dan mereka tak pernah ada
walau sekepingpun kredit kad dalam dompet mereka. lagipun adik saya mengajar
kat kawasan pendalaman....masa bila nak pakai kredit kad. Dia terkejut
sangat bila bank beritahu yang dia berhutang dengan 2 bank sbb kredit kad
dan nama dia telah di blacklist. Adik saya panik sangat sebab dia tak pernah
guna atau memiliki kredit kad. Nama adik saya telah digunakan oleh manusia
tak guna.
Saya mintak adik saya apply
cuti dan turun ke KL esok untuk pergi ke bank negara dan siasat bank mana
beliau berhutang kemudian buat aduan kat bank negara. Tension betul kalau
hal begini berlaku pada kita kan. Saya harap masalah adik saya nie
selesailah.
Kepada anda semua,
berhati-hatilah apabila membuat salinan IC. Pastikan anda palang salinan ic
anda dan tulis "untuk tujuan .....sahaja". Selalunya apabila kita buat
pinjaman bank seperti loan kereta, loan rumah....pegawai bank secara memaksa
akan meminta kita supaya menandatangani surat permohonan kad kredit atau
secara paksa menghantar kad kredit kepada kita. Jika tak berniat untuk guna,
anda perlulah menghantar semula kad tersebut kepada bank dan isi borang
pembatalan, jika tidak anda akan tanggung bayaran cukai RM50. Tak pasai2
kena bayar RM50 kan. So janganlah pandang mudah hal-hal begini.
1 comments:
Satu info yg baik..TQ share kat sini.
Post a Comment