Alhamdulillah saya dah
sihat selepas 10 hari berkurung dalam rumah. Boring tak payah nak
cakaplah.....kerja tidur makan tidur aje. Esok dah masuk kerja.
Hari isnin masa operation,
jam 7.30 pagi saya dah masuk wad. Jam 8.30 barulah doktor bius datang
memeriksa saya. Jam 9.00 pagi barulah saya disorong masuk kedalam operation
theater (OT). Kat OT, saya berbaring kat katil sambil tunggu turn untuk
operation. Jam 10.15 pagi barulah saya ditolak masuk ke bilik pembedahan.
Suntikan bius dibuat pada tangan kiri saya (sebenarnya operation mata nie
adalah pada mata kiri bukan kanan seperti yg saya nyatakan dalam entry
sebenlumnya....saya confius). Selepas tu saya dipengsankan.....saya dah tak
sedar apa yang berlaku selepas tu....yang saya ingat, doktor kejutkan saya
dan beritahu bahawa semua dah selesai dan mereka akan tolak saya keluar dari
bilik OT.
Saya ditolak masuk ke wad
semula.....rasanya dalam jam 11.30 pagi sebab saya sempat tengok jam dalam
bilik OT. Kat dalam wad, saya dibaringkan dikatil no 1 yang berhampiran
dengan pintu masuk. Dalam bilik tersebut, ada perempuan tua berbangsa cina
juga turut menjalani pembedahan.....dia nyenyak tidur, dan bertentangan
dengan katil saya ada wanita tua berbangsa india yang sedang tunggu turn
untuk pembedahan. Ada dua orang anak perempuan dia teman wanita tersebut.
faham-faham saja apa yang saya nak sampaikan.....bising mulut mereka
bercakap bergema satu bilik wad. Bercakap tak berhenti-henti....semua cerita
keluar sampaikan cerita nama anak David dan Victoria Beckham pun terkeluar.
Saya nie walaupun tak boleh bercakap dalam bahasa tamil tapi saya faham
bahasa tamil. Memang betul-betul menganggu saya.....saya nak panggil nurse
tapi saya tak mampu keluarkan suara sebab saya masih dalam bius....saya
letih....saya mengantuk yang amat sangat tapi saya tak boleh pejamkan mata
sebab diganggu oleh mereka nie. Lama sungguh baru mereka senyap....itupun
lepas nurse datang mabil mak mereka untuk dibawa ke OT, ingatkan lepas mak
mereka pergi ke OT mereka nie keluarlah dari wad tapi tak jugak masih duduk
kat situ berbual.....kalau tak berbual merekla pasang filem atau lagu kat
handphone.....masih bising. Saya langsung tak boleh tidur wp mengantuk yang
tak terhingga.
Jam 2.20 petang, nurse datang
ke katil saya dan beritahu bahawa rawatan saya ditanggung insuran tapi
sampai setakat 4 petang sahaja. Bermalam diwad tidak ditanggung oleh
insuran.....bila dengan nurse kata begitu saya pun mintak handphone yang
disimpan oleh mereka. Saya call rakan sekerja untuk ambil saya. Saya malas
nak call insuran atau bertekak dengan pegawai insuran sebab saya dah terlalu
letih......saya terlalu mengantuk. Kawan saya pulak buat panik......kecoh
pulaklah....lagilah saya serabut, dahlah saya serabut duduk kat wad.....dia
pulak buat kecoh. Sebelum operation saya minta supaya bermalam sebab saya
tahu setiap 30 minit.....nurse terpaksa check tekanan darah saya tapi bila
nurse bagitau yang insuran tak cover kos wad bermalam maka saya terpaksa
balik......bukan saya mintak......saya tak faham kenapa saya mesti bersoal
jawap dengan kawan saya nie.....masa tu terkecil hati sangat-sangat sebab
terasa saya nie menyusahkan mereka.
Jam 5.30 petang saya sampi ke
rumah......saya naik lif dengan mata tertutup sebelah, dalam lif bersoal
jawaplah pulak dengan beberapa orang penghuni apartment yang ada sekali
dalam lif. 'Sakit apa nie.....baru lepas operation ke....kenapa u balik....u
ok ke sorang-sorang berjalan nie". Dah tentu saya tak ok....saya masih dalam
bius....mata saya pulak tertutup sebelah....saya berjalan terhoyong
hayang....ingatkan ada yang nak tolong pegang saya hantar sampai kedepan
rumah sebab nampak beria-ia sangat bertanya tapi tidak jugak. Saya bukak
pintu rumah.....masuk saja dalam rumah saya terpandang lantai dapur saya
basah bertakung air. Saya terus kedapur....rupanya saluran sinki saya bocor
dan air melimpah keluar membasahi kabinet. Saya yang terkejut tengok keadaan
dapur.....terlupa sebentar keadaan diri saya......terus saya bukak pintu
kabinet sinki dan keluarkan semua barang-barang dalam kabinet termasuk
lesung batu yang berat....saya angkat keluar dan lap air yang bertakung atas
lantai kabinet. ila semua selesai baru saya teringat.....saya baru lepas
operation dan salah satu pantang yang saya kena jaga adalah tidak boleh
angkat benda-benda berat.....alamak....terduduk saya depan kabinet
tu.
Saya masuk ke bilik dan terus
tidur......saya tak sedar pukul berapa saya terjaga sebab terlalu mengantuk.
Bila terjaga.....saya tukar pakaian dan jawap sms rakan yang bertanya khabar
diri saya dan kemudian tidur kembali sehingga pagi. Esoknya jam 7 pagi saya
dah ada kat kerusi tempat menunggu di Hospital Tun Hussein Onn. pagi nie
saya kena bukak balutan mata saya dan doktor akan tengok samaada pembedahan
tu ok atau tidak. Balutan dibuka....saya rasa gatal dan
berdenjut-denjut.....nurse bersihkan kesan-kesan ubat dan letakkan ubat
dimata saya. Doktor check dan kata ok tak ada apa-apa....dia bagi MC selama
10 hari. Selama 10 hari saya kena berehat, tidak boleh angkat benda2 berat,
tidak boleh memasak, tidak boleh memandu, tidak boleh membasuhkan rambut
atau kepala.....hanya guna air suam untuk lap bahagian mata dan muka saya,
boleh menonton TV tapi hanya terhad sejam sahaja dan sembahyang secara duduk
sebab saya tidak boleh membongkok atau menunduk.
Selama 10 hari saya seorang
diri berada dirumah....hari pertama dan kedua, rakan sepejabat datang
melawat. walaupun tidak dibenarkan masak tapi saya kena makan kan.....so
saya terpaksa jugak masak.....hanya rebus-rebus sahaja, saya tak berani
menumis atau menghiris bawang. Hari sabtu saya call adik ipar saya dan
mintak dia datang. Alhamdulillah adik ipar saya datang dan tolong membasuh
rambut saya.....lega rasanya sebab seminggu rambut tak berbasuh. Saya cuba
keluar dari rumah....saya ke Ikea bersama adik saya....masa nie keadaan mata
saya sakit mungkin sebab sinaran cahaya terang dan kali pertama saya keluar
melihat cahaya. Mata berdenyut-denyut dan mula gatal.....rasa nak gosok
aje....peritnya. Walaupun berkaca mata hitam tapi saya tak selesa. Mujur
sekejap sahaja.....kemudian saya balik kerumah. Lepas tu saya dah tak
keluar-keluar lagi kecuali tadi saya turun dan berjalan sekitar kawasan
apartment ambil ambil udara segar setelah beberapa hari berkurung dalam
rumah.
Hari nie saya memberanikan
diri untuk menatap skrin komputer lama sikit dan menulis entry nie. Sebelum
nie saya hanya bukak 15 minit sahaja baca email atau komen yang anda semua
tulis. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi mendoakan
saya.
5 comments:
alhamdulilah dah sihat
,sy pernah ghase masa umur 7 thn mata masuk carbate yg masih panas pedihnya hanya Allah saje yg tahu
Take care
Salam bdaria..
Glad to hear you are back from the operation. Alhamdulillah.
Cheers.
Rina
p/s blog saya dah kena delete. I am one of yr blog followers.
alhamdulillah dah selamat pembedahan mata daria ye....saya pun kadang2 rasa nak nangis bila dalam keadaan sakit ni byk benda nak kena buat...sabar je la....saya yg dengar pasal budak2 buat bising kat hospital tu...saya plak yg rasa nak pelangkung je kepala dia...heheheh...
Salam
Chik mimi, terima kasih.
Quinnie, mmg sakit hati bila kita tgh sakit....org sihat tak tau nak hormat.
Salam Annoymous, semua blog dalam blog list saya terdelete masa saya tukar url. Hanya yang saya ingat sahaja saya key in semula. Take time jugak nak dapatkan nama semua blog list.....sorrylah kalau blog anda saya tak key in lagi.
klw rasa tak larat lagi, akak jgn paksa diri. mata tu aset penting kak. semoga cepat sembuh n take care k =)
*tak sabar nak tunggu entry resipi lagi. eh? hehehee ;)
Post a Comment