Dekat ofis tempohari kami ada
berbual berkenaan dengan perbezaan gulai dan kari. Bagi orang utara gulai
adalah kari dan masak lemak santan adalah masak lemak tapi bagi kawan saya
yang berasal dari N9 pula kata gulai adalah masak lemak dan kari adalah
kari. Confuse tak......apa2 pun bagi orang utara ini adalah gulai atau kari.
Masa adik saya masak, sibuk je saya dok ambik gambar sambil goreng
ayam...sempat lagi tu. Saja je nak buat satu entry berkenaan dengan gulai
rebung madu nie.
Panaskan minyak 3/4 cawan dan kemudian tumiskan bahan-bahan dibawah iaitu
8 biji bawang merah-dihiris
4 ulas bawang putih-dihiris
daun kari-jika ada
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci halia
4 sudu makan serbuk kari-dibancuh sedikit dengan air hingga jadi pes.
Tumis sehingga naik minyak.
Biarkan seketika sehingga rebung sebati dengan bahan tumisan. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan masukkan 4 sudu makan kerisik. Biarkan seketika sehingga ayam sedikit lembut sebelum dimasukkan santan dari 1 biji kelapa. Rasa masin nya, kalau perlu masukkan garam. Rebung nie sudah dijerukkan sebab tu tak perlu masuk asam keping dan garam dahulu.
1 comments:
sedapnyaaaa sy pun baru belajaq makan gulai rebung dengan ayam dr ofcmate yg kawen dgn org Kedah,mmg best,dia kadang2 buat gulai rebung dengan sardin
Post a Comment