Roti Arab
Resepi sumbangan Sofinar@myresepi (Sila kesini untuk resepi asal)
Photo & Publish by
resepidaria.com
Bahan-bahannya:-
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula halus @ castor
150 ml air suam
3 gm yis segera atau mauripan
250gm tepung gandum
Cara-caranya:-
1. Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan yis, mentega, gula dan minyak. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk.
2. Kemudian barulah masukkan air suam dan uli sehingga ia tidak melekat ditangan dan dibekas.
3. Masukkan doh tadi dalam beg plastik, dan uli sekali lagi sehingga ia kental.
4. Biarkan doh dalam beg plastik yang tertutup selama 1 jam
5. Keluarkan doh dari beg plastik dan uli semula sekejap.
6. Timbang 45gm dan bulat-bulatkan (bancuhan ini boleh dapat 9-10 ketul)
7. Taburkan sedikit tepung atas papan pencanai dan canai doh nipis lebih kurang 0.4 cm
8. Panaskan minyak dan goreng sebiji-biji. Tunggu sehingga roti kembang dan mengelembung sepenuhnya serta nampak kekemasan dibahagian bawahnya barulah diterbalikkan.
9. Angkat dan hidangkan bersama kari ayam atau daging
Nota:-
- Pastikan api yang digunakan adalah sederhana. Jika
terlalu panas, kulit kuih kelihatan mengerutu dan kuih tidak memgembung
sepenuhnya.
- Pada awal saya guna pan untuk mengoreng tapi bila saya dapati ia tidak mengelembung saya tukar kepada wok (kuali), barulah kuih mengembung dengan cantik.
2 comments:
salam daria...saya pun penah buat roti ni sebelum ada blog lagi...memang sedap cicah dgn kari...bila roti elok gelembong memang syok je tengok...puas hati..hehehhe
Salam quinnie,
tambah pulak kalau makan panas-panas dan biar garing sikit. Huhhh sedap je dicicah dgn kari terutama kari daging.
Post a Comment