Saturday, June 11, 2011

Sambal Tempoyak Petai

Sambal tempoyak petai yang dibuat oleh mak cik saya masa lepas kenduri. Mak Ngah saya dari Changloon datang bersama adik sepupu saya telah membawa petai dan rebung madu.

Hari isnin, 2 hari selepas kenduri Mak ndak saya buat sambal tempoyak petai untuk dibawa balik sebagai bekalan oleh kami semua. Mak ndak saya nie pandai masak....seronok rasanya bila dia masak sebab dah lama sungguh tak rasa masakan dia. Saya sempat ambil gambar masa dia masak...dia tanya saya kenapa nak ambil gambar....kan resepi mudah je. Saya bagitau dia yang saya nak masukkan dalam blog. Dia tanya 'blog tu apa?'. Jomlah tengok resepi simple nie tapi sedap....kalau makan dengan ikan perkasam....huhhhh masa tu dah tak ingat diet....boleh berpinggan-pinggan tambah nasi.





Petai dikeluarkan isinya dan dibelah dua. Buang kulit nipis yang menyaluti petai...nampak isi hijau sahaja.


Ikan bilis dibersihkan dan ditos, anda boleh gantikan dengan udang hidup jika suka.





Blender beberapa ulas bawang merah kecil (shallot), 3 ulas bawang putih, 1 inci kunyit hidup dan cili padi (mak ndak saya guna agak2 segengam-itupun dah pedas sangat), beberapa sudu makan tempoyak dan campur dengan sedikit air. Blender sehingga hancur dan halus.


Masukkan bahan yang diblender dalam kuali dan tambah sedikit air, masak sehingga lada betul-betul masak. Masukkan 1 batang serai-dititik, ikan bilis dan petai.




Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hiris sehelai daun kunyit halus-halus dan taburkan diatasnya. Masak sehingga separuh kering. Angkat dan hidangkan.


Kalau lada betul-betul masak, sambal nie boleh tahan sehingga beberapa hari. Tengahhari nie saya makan nasi bersama sambal nie dan ikan perkasam goreng....simple tapi sangat sedap.





1 comment:

quinnie said...

alamak sedapnye daria....thanks sebab kongsi resepi ni.....saya penah makan sambal tempoyak cam ni...ada jiran saya org melaka pandai buat...dia taruk udang....ngan tambah pucuk ubi kayu dihiris....best2....memang betul cakap awak...kalau makan lauk ni....diet tu bleh campak ke laut jek...hahhahaha...