Selama tempoh 10 hari
'berehat' dirumah, saya memang jadi tak senang duduk.....nak memasak tidak
digalakkan so saya carilah sesuatu masakan yang tidah memerlukan saya
mengeluarkan tenaga dan tidak memerlukan menyebabkan mata pedih. Kebetulan
pulak roti sandwich saya dah habis.....nak keluar kekedai...tak boleh sebab
tak boleh nak drive. Saya decide untuk buat roti berinti coklat. Inti coklat
nie dah lama saya buat masa tempahan apam dot-dot tempohhari. Saya tak boleh
guna sebagai inti dalam apam dot-dot sebab selepas apam dikukus inti akan
melimpah keluar. Roti nie sedap......pengunaan telur kuning yang banyak
menyebabkan ia rasa lebih berlemak dan memang bestlah.
ROTI BERINTI COKLAT
sumber : NCC-Indonesia.com
Photo & Publish by resepidaria.com
BAHAN A:
500 gram tepung gandum protein tinggi atau tepung roti
100 gram gula
11 gram ibu roti/ragi segera (1 pek mauripan)
1/2 sudu teh bread improver
4 biji kuning telur
200 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
Bahan B:
100 gram mentega/margarine
5 gram garam
Bahan C:
100 gram inti coklat
Cara-cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan A, uli sehingga bergumpal-gumpal kemudian barulah dimasukkan bahan B, uli sehingga menjadi elastik. Biarkan sebentar selama 20 minit.
2. Kempiskan adunan….tumbuk-tumbuk adunan untuk membuang angina dan kemudian potong serta timbang 40gm. Bulat-bulatkan sehingga habis semua adunan. Rehatkan selama 10 minit.
3. Ambil satu doh yang telah dibulat tadi dan kemudian leperkan. Masukkan inti coklat kedalammnya dan tutup rapat. Pastikan anda menutup rapat doh supaya inti tidak terkeluar semasa anda membakar. Jika perlu sapukan sedikit air sebelum mencantumkan doh anda bagi memastikan ia benar-benar ditutup rapat. Buat habis untuk semua doh.
4. Rehatkan semua doh anda yang telah di isi dengan inti coklat selama 45 minit atau sehingga 60 minit (bergantung kepada kehangatan suhu ditempat anda). Setelah melihat ia mengembang, sapukan diatasnya dengan bancuhan kuning telur atau supaya ia nampak cantik anda boleh sapu dengan susu cair. Taburkan dengan chocolate rice diatasnya sebagai hiasan (optional)
5. Bakar selama 20 minit, suhu 180 C sehingga berwarna keemasan. Angkat.
Note:-
- Untuk inti coklat saya hanya panaskan sebentar 50gm UHT whipping cream dan kemudian angkat dan masukkan 250gm coklat masakan yang telah dihiris-hiris halus. Kacau sehingga coklat cair dan kemudian sejukkan. Anda boleh mendapatkan resepi inti coklat dari blog masakan yang lain.
1 comments:
salam daria....saya pun suka intai2 resepi kat ncc ni...dah salin resepi donut fatmah bahwan tu tapi sampai sekarang tak buat2...heheheh..dia letak telor bhgn merah tu...sekarang baru la tau rupanya bila letak telor ni dia jadik lemak2 ye..bersemangat pulak nak buat...hehehe
Post a Comment