Monday, June 13, 2011

Kuih penderam yang tak menjadi

Kuih penderam nie saya buat pada hari ahad lepas. Saja nak testing resepi yang terbaru yang diperolehi. Tuan punya resepi nie seorang yang agak kuat mengumpat dan mengata orang. Kalau dapat satu cerita, dia akan jaja sampai habis satu kampung. Kalau dia datang kat rumah, kami memang tak berapa nak layan sangat bila dia berbual. Pada pagi hari kenduri dia datang kerumah dengan bawa sebalang kuih penderam. Kuih penderam tu saya ambillah rasa....lembut dan gebu sangat....tekstur kuih penderam yang saya cari tapi saya diam jelah tak nak puji-puji lebih2 sangat. Saya dan adik-adik yang lain buatlah kerja kami masing-masing, taklah peduli sangat dengan dia. Mak ngah saya nie memang orang yang bermulut ramah atau PR dia memang baguslah. Mak ngah puji kuih penderam dia nie sedap betul dan duduk berbual mesra dengan dia nie....apa lagi bukan main seronoklah dipuji macam tu....dia siap bagi resepi dan cara-cara membuatnya kepada Mak Ngah. Saya yang berada kat dapur hanya dengar je resepi tu......bila balik ke Kota Damasara, apa lagi teruslah mencuba. Siap pergi cari tepung beras cap teratai sebab dia guna jenama tu untuk buat kuih penderam tersebut. Sehari lepas kenduri, dia bawak pulak cucur jawa.....sedap cucur jawa tu....dapat lagi satu resepi tapi resepi cucur jawa tu belum cuba lagi.


Saya pun buatlah ikut resepi yang diberikan tu tapi bancuhan lembik. lepas peram semalaman nak bentuk pun susah sebab terlalu lembik sehinggakan saya terpaksa tambah tepung lagi. Saya call adik saya tanya 'betul ke resepi dia kata 3 cawan air', adik saya jawap ' betullah 3 cawan air tapi yong guna cawan apa'. opppppssss baru teringat saya guna cawan sukatan....dia duduk kampung mana nak ada cawan sukatan rupanya dia guna cawan kaca arcopal yang putih tu. Bila saya sukat air guna cawan sukatan = 200ml tapi kalau guna cawan kopi biasa hanyalah 170ml sahaja. Jadi sebab tulah bancuhan saya lembik. Susah sungguh kalau dapat resepi yang tak guna sukatan yang betul dan gram nie. Main agak-agak dengan guna mangkuk, cawan, jug yang ada kat dapur mereka aje. Lepas nie kenalah cuba lagi sampai dapat jugak tekstur yang saya nak tu.

Nanti saya cuba sekali lagi....kalau menjadi saya kongsikan resepinya. Tapi percubaan saya kali nie tak menjadi sebab kuih peneram tu tak gebu dan lembut.


Sekarang nie saya berada di asrama sebab ikuti kursus undang-undang selama 2 minggu. Saya nak mintak maaf banyak-banyak kepada pengunjung blog nie yang tinggalkan mesej untuk mintak saya emailkan resepi2 talam. saya mintak maaf jika anda salah faham bila membaca entry yang saya tulis....saya tak pasti dari mana anda dapat idea yang menyatakan saya akan bagi resepi talam tu. Saya masuk kelas, bayar mahal bukan untuk dapatkan resepi dan kemudian publishkan kat blog atau diberikan kepada orang lain. Saya memang ikhlas dalam perkongsian resepi tapi yang mana saya tak publish kat blog tu.....tolonglah jangan mintak. Setiap hari saya rasa sedih sangat sebab terpaksa tidak menghiraukan permintaan untuk resepi talam. Jikalau anda sangat berminat untuk dapatkan resepi dan ilmu talam nie....masuklah kelas. Saya letak entry yang mengatakan saya masuk kelas bukan saya tulis 'saya dah masuk kelas talam....sesiapa yang hendak resepi talam yang saya bayar nie...mintaklah'. Puas saya cari kat mana saya tulis perkataan tu sampaikan setiap hari ada je orang mintak resepi talam. Saya mintak maaflah kalau anda salah faham ye......saya dah tak email pada sesiapa pun mana-mana resepi talam......oleh itu janganlah minta.


Satu lagi yang mengecilkan hati saya, baru-baru nie saya adalah blogwalking kat satu blog nie. Dia ambil satu resepi kat blog saya nie dan kemudian dia cuba buat dan menjadi......dia copy and paste resepi, tips dan nota yang saya letakkan kat resepi tu tapi dia boleh kata 'entah kat mana saya ambil resepi nie'. U boleh CnP semua resepi termasuk tips dan nota-nota yang saya tulis tapi u tak boleh nak copy nama blog saya....sedih saya. Kalau u tulis bahan-bahan kuih tu atas kertas dan kemudian kata 'ohhhhh saya lupalah ambik kat blog mana'....saya fahamlah sebab u tulis tapi kalau u copy sebijik2 tulisan saya dan kemudian paste kat blog u dan kemudian kata'ohhhh saya lupa kat mana saya ambil resepi nie'.....itu dah tak patutlah.


Saya tahulah blog saya nie tak terkenal dan u boleh lupa kat mana u ambik resepi tu, bila saya tengok entry masakan yang lain kat blog dia nie....pandai pulak dia letakkan link tapi hanya blog-blog blogger yang terkenal sahajalah. Benda nie remehkan tapi biar saya ceritakan satu cerita nie.


Saya suka baca buku motivasi tulisan Dale Carnegie. Dalam salah satu buku dia, dia ada ceritakan satu kisah. Ada seorang lelaki yang berkelulusan menengah sahaja tapi mampu jadi CEO terkenal dan terima gaji yang paling tinggi dalam sejarah Amerika. Dia tiada kelulusan dalam industri elektronik dan kejuruteraan tapi mampu menguruskan industri ini dengan berjaya. Anda nak tahu apa rahsia beliau. Beliau tidak pernah lupa menghargai jasa orang disekeliling beliau....beliau ucapkan terima kasih hatta kepada tukang sapu dikilang beliau. Beliau mampu ingat nama semua pekerja-pekerja beliau malah beliau mampu ingat nama anak dan isteri/suami pekerja beliau. Bila bertemu dengan para pekerja tanpa mengira pangkat dan kedudukan wp tukang cuci beliau akan berhenti dan berkata ' anda apa khabar John, bagaimana dengan anak anda, saya dengar beliau sakit minggu lepas, beliau sudah sihatkah". Bagaimana perasaaan seorang tukang cuci bila CEO besar syarikat menegur begitu? Sudah tentu tukang cuci itu terasa terharu dan mengenang budi CEO tersebut....itulah rahsia bagaimana beliau berjaya. beliau tahu bagaimana hendak menghargai orang lain....beliau tak perlu tabur duit untuk beli penghormatan yang beliau perolehi itu cukuplah sekadar beri perhatian dan hargai orang lain.

2 comments:

Chik Mimi said...

SAYA SANGAT SETUJU DENGAN BDARIA sebab sy pun terkena pasal resepi yg penat2 kita cari tapi bila sampai kat dia dia letak link blogger2 terkenal aje sy sangat sedih,hinggakan sy gelarkan dia muka bersepah sebab merata blog masak pergi mmg ada muka dia,memang bukan resepi sy tapi at least bg kredit pada yg mencari resepikan.kalau org ambil gambar ramai yg melenting tapi bila pasal resepi tu semua diam aje

bdaria said...

Salam Chik Mimi,

Sedihkan kalau org buat kita mcm tu. Kita susah2 fikir ayat, tulis resepi, siap bagi tips dan nota detail tapi last2 tulisan kita tu terpapar kat blog dia tapi nama blog kita langsung tak wujud. Mereka nie ada PHD (perasaan hasad dengki. Sy sebut 'mereka' sbb bukan satu blog yg buat saya mcm tu, beberapa blog yg saya jumpa dan mrk nie baru2 berjinak dgn dunia blogging.