Sunday, May 29, 2011

Majlis akad nikah adik perempuan saya



Alhamdulillah.....selesai sudah majlis akad nikah adik perempuan saya yang diadakan pada sabtu 28hb May. Kenduri pula akan diadakan pada 4hb june akan datang. Gambar diatas adalah gambar yang 'terbaik' yg dapat ditangkap oleh juru kamera amatur (baru pertama kali pegang kamera).......saya pula tak ikut ke masjid sebab kena masak untuk jamuan ringgan yang diadakan selepas majlis akad nikah.


Punyalah kelam kabut menyediakan makanan untuk 50 orang tetamu. Saya dibantu oleh adik perempuan ke 2 menyediakan nasi mandhi dan ayam panggang. Resepi diambil dari rumah kak ummi. tak sempat snap sekeping gambarpun sebab memang sibuk sungguh tambahan pulak rumah baru je siap renovation seminggu....mak masih belum habis kemas. Masa nak hidang nasi baru teringat pinggan mangkuk, gelas, sudu masih belum dikeluarkan dari stor. Rasa macam nak pengsan letih sebab terlalu banyak kerja nak kena buat. Bila family dan tetamu selesai sahaja akad nikah dimasjid dan sampai ke rumah dalam jam 12 tengahhari, kami kat dapur baru selesai membasuh dan mengelap semua pinggan untuk dihidangkan tapi alhamdulillah nasi dan lauk mampu dihidangkan bersama dengan lauk pelengkap yang lain dan pencuci mulut yang saya buat iaitu sagu gula melaka. Yang pasti 3 ekor ayam panggan tak cukup.


Kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari jadi buat saya......saya ucapkan ribuan terima kasih. Maaflah hari nie baru boleh mengadap komputer sebab line celcom kat kampung tak elok. Masa saya tulis entry selamat hari jadi tu....saya sebenarnya rindukan arwah ayah saya. saya ceritakan kisah saya masa kecil bukan untuk menunjukkan kisah sedih atau malang dan saya tidak membandingkan kisah saya dengan nasib orang lain sebab saya tahu ia tidak setara mana tapi ia adalah satu kisah hidup saya yg saya suka dengar bila mak bercerita sebab dari cerita tu saya tahu betapa sayangnya arwah ayah pada saya dan sayangnya Allah pada saya. Mak saya suka bercerita....sikap tu diturunkan kepada saya....saya juga suka bercerita.


Happy birthday kepada Ijip.....yang harilahirnya pada hari ini 29hb May. Semoga Allah memberkati hidup anda.


5 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... tahniah di atas majlis yg berjaya... senang2 singgah la ke blog saya ;)

Ijip said...

Terharu saya bila nampak nama saya dalam entry ni. Terima kasih. Saya juga tak mengharap apa2 saja nak share kegembiraan yang kita sama2 gemini.

Anonymous said...

tahniah majlis berjalan lancar..erm kalu utk 50 org mmg tak ckup 3 ekor ayam hehehe..

Linda said...

salam.k.bdaria salam perkenalan.stlh saya amati sy kenal adik akk rasanya,satu sekolah ngan sy kt kuala krau dulu..kira senior sy tu:)kak fizah kan:)alhamdulillah tahniah buat akk skeluarga..

bdaria said...

Salam anonymous,

Sebenarnya majlis nikah tu dibuat secara tertutup. Hanya beberapa orang dari pihak kami dan pihak lelaki janji hendak datang 5 orang sahaja. Sebab tu saya buat 3 ekor, last2 sekali adik saya mesej...ada 50 orang akan datang makan so kelamkabutlah kami keluarkan ayam dalam peti dan goreng.