Friday, July 8, 2011

Tempahan apam blossom

Saya nak berkongsi pengalaman pertama kali menerima tempahan buat apam blossom dalam kuantiti yang banyak dan di pack sebagai doorgift. Masa saya remaja dulu, mak saya selalu terima tempahan kuih muih dalam kuantiti yang banyak.....saya selalu bantu tapi selalu 'menyebai' atau buat perangai pelik bila penat....tapi mak saya cool aje bila tengok perangai teruk saya tu. Kali nie saya nak rasa sendiri pengalaman terima tempahan dalam kuantiti yang banyak begini. Tempahan nie adalah dari rakan sekerja saya yang adiknya akan bernikah esok.




Saya ambil cuti pada hari khamis. Operasi bermula dari petang rabu....lepas balik kerja dan bersihkan diri saya memulakan operasi. Mula-mula inti-inti yang akan digunakan nanti haruskah dibulat-bulatkan.....inti kelapa, inti kacang hijau dan inti kacang merah.





Inti kacang merah dan inti kacang hijau yang telah dibulat-bulatkan terlebih dahulu begitu juga dengan inti kelapa. Ia memudahkan kerja dan lebih cepat bila proses memasukkan inti dalam bancuhan.
Dengan bantuan dua pengukus trio ( saya kidnap pengukus mak saya) dan 6 keping tray muffin 24 hole saya memulakan operasi. Bermula dari jam 6.30 petang sehinggalah kepada 12.30 malam, saya hanya berjaya membuat 300 biji apam blossom. Saya packing 3 biji dalam satu plastik dan dapatlah 100 pack. Mata mengantuk sangat-sangat....dah tak sanggup nak teruskan.....saya masuk tidur.



Saya bangun pada jam 5.45 pagi dan setelah selesai sembahyang saya menyambung kembali operasi membuat apam blossom. Warna tema majlis perkahwinan adalah turquoise green......gabungan warna biru dan hijau. Hope my friend puas hati sebab nak dapatkan warna turquoise green yang tepat agak sukar sebab proses mencampur warna nie saya tak bijak sangat. Kawan saya kata dalam satu pack tu kalau boleh biarlah ada sebiji warna turquoise dan 2 biji lagi warna lain.




Saya lebih suka buat apam blosom nie mengunakan warna yang light....sebab kalau boleh saya tak nak masukkan pewarna yang banyak dalam makanan. Sebab tu saya suka buat dasar putih tanpa pewarna dan hanya dot-dot sahaja yang dibubuh warna.....sekurang-kurangnya pewarna hanya sedikit digunakan. Andapun tahukan bahaya pewarna dalam makanan.


Hope warna turquoise green ini menepati warna tema rakan saya....masa mengabungkan warna biru dan hijau kadang-kadang saya dapat warna turquoise green tapi kadang-kadang ia terlebih hijau. Saya membezakan inti-inti apam blossom dengan mengunakan warna. warna turquoise nie inti blueberry dan turquoise dot putih adalah inti kacang hijau.

Warna purple pink pula adalah untuk inti kelapa.

Warna kuning pula adalah inti kacang merah. Apa yang tak kena dengan bancuhan yang ini, saya pun tak tahu....sebab banyak yang 'tersengih-sengih' macam tu. Satu bancuhan untuk satu warna dan satu inti....mungkin bancuhan nie terlebih ovalet kot sebab tu dia jadi tersengih macam tu. Yang pasti yang tersengih tu saya tak pack.



Yang berwarna oren ini pula adalah inti chocolate chip. Saya suka apam blossom yang berinti coklat chip....sedap. Warna oren nie adalah gabungan warna kuning dan merah. Tak perlu beli warna yang banyak cukup ada warna asas seperti merah, kuning, hijau dan purple.



Dalam jam 3 petang baru selesai mengukus. Masa nie barulah saya masuk bilik untuk mandi dan sembahyang. Lepas aje siap.....saya mula buat packing. Tiga biji apam blossom untuk satu pack. Punyalah panik sebab takut tak cukup bilangan pack yang di kehendaki sebab terdapat 3 tray apam yang rosak (yg terkeluar inti sebab testing nak pakai inti coklat filling....bila kukus inti melimpah keluar). Kawan saya call kata dia lambat sikit.....saya rasa lega sangat sebab masih banyak yang belum dipack lagi. Jam 4.30 baru siap. lepas siap saya mengemas sikit barang-barang yang bersepah....nanti malu kat kawan sebab rumah dah jadi macam tongkang pecah. Jam 4.50 petang, kawan saya ambil tempahan dia. Alhamdulillah cukup-cukup saja kuantiti yang dia tempah.


Yang ini dibungkus dalam packing 18 biji.


Satu kotak besar doorgift apam blossom. 250 pack yang mengandungi 750 biji apam blossom bersaiz M (kecil sedikit daripada cawan lompang). Saya kukus 1000 biji apam blossom dengan mengunakan 2 pengukus trio dan sekali kukus 24 biji apam diperolehi. Sekarang anda boleh agak berapa lama yang diperlukan untuk menyiapkan 1000 biji. Ia mungkin nampak mudah tapi kerja remeh....dan perlukan ketelitian. Naik berpinar bijik mata saya duduk buat dot-dot kat atas apam tu.




Apa yang pasti.......saya terlupa makan sarapan dan makan tengahhari serta minum air. Bila kawan dah ambil tempahan dia barulah saya tersedar yang saya belum lagi makan....perut dengan tiba-tiba boleh lapar sampai badan mengigil. Dalam keadaan begini hanya makanan darurat saya yang mampu disediakan iaitu meggi direndam dalam air panas....yehhhhhh. Lepas sahaja tempahan diambil.....secara tiba-tiba badan jadi letih dan lemah......saya duduk disofa tidak bergerak-gerak sebab nak bangunpun dah tak larat.




Ini mungkin tempahan pertama dan terakhir yang saya akan terima dalam kuantiti yang banyak begini. Yang pasti saya amat kagum dengan kesabaran mak saya......inilah letih yang mak saya rasa dalam mencari rezeki membesarkan kami. Seronok jugak dapat pengalaman macam nie.


7 comments:

CuteOven said...

aduhhh penatnye buat sorang2 kan.... namun amat cantek jadinye...

pengukus trio tu yg beli dgn chef asma ke...

bdaria said...

Salam cuteoven,

memang penat...itu last order yg sy akan ambil. Siap kena ambik cuti lagi...tu yg tak tahan tu. Ye memang dari chef asma. Sy dah beli 4 pengukus dari Chef. Sy bagi pd adik2 dan mak sy.

quinnie said...

boleh rasa tahap keletihan daria...heheheh...saya pun pernah ambik tempahan cupcake coklat...itu yg sempoi tak yah nak buat dot2 pun dah letih sgt rasanya....lepas tu nak pack lagi...memang kalau hari ambik tempahan cam ni makan mee maggie je la...dah tak larat nak buat benda lain dah...heheheh....apa2 pun cantik apam dot2 awak....

syariza09 said...

hahaha...baca n3 ni buat sy tergelak, sbb saya pon alami situasi yg sama, masa kena buat dlm kuantiti yg byk. lebih kelam kabut bila tersilap bancuhan adunan gara2 tersalah bilangan telur....tp smua tu pengalaman buat kita =)

nanti nk try inti kacang merah & ijau plak

MEKAR said...

seronoknya sya dgr pengalaman awk ni. Sya nak buat utk makan sendiri pun kadang2 tak sabar tunggu bila nak siap kuih aku ni..hehe

Anonymous said...

boleh ke share resepi buat apam blossom ni kpd saya

bdaria said...

To anonymous,

Resepi apam blossom atau apam dot-dot nie ada dikongsikan dalam entry sebelum ini. Sila dapatkan resepi tersebut kat bahagian kuih muih.