Dalam majalah ia dinamakan
sebagai sate durian....rasa macam tak sesuailah pulak guna perkataan sate
hanya disebabkan ia dicucuk dengan lidi sate. So saya ubahlah nama kuih nie
sebagai bebola durian atau ia patut dipanggil donat durian sebab bancuhannya
adalah bancuhan donat.
Saya teringin sangat nak
makan durian....terus terang saya nie lemah betul kalau bab-bab memilih
durian yang elok. Memang bila beli durian saya akan kata pada penjual tu
'tolong pilihkan yang elok ye" dengan harapan mereka jujurlah dengan saya.
tapi dah namanya peniaga.....takan nak jual yang elok dan bagus kepada
seseorang yang tak tahu langsung samaada durian tu elok atau tidak kan?.
Jadi saya pun dapatlah sebiji durian yang tak begitu elok. Durian tu dah
lama.....so what can i say selain daripada 'lepas nie aku dah tak beli kat
orang tu'.
Oleh kerana isi durian tak sedap untuk dimakan begitu saja maka saya kenalah fikirkan resepi untuk menghabiskan 1 biji durian yang seberat 2 kilo tu. Malam nie saya buat bebola durian dan bubur kacang hijau durian. Masih ada banyak lagi baki durian.....so esok fikir buat yang lain pulak. Jom tengok resepinya....ehhhh kejap saya belum ulas resepi nie....sedap ke tidak kan. Sedaaaap.....donat yang berperisa durian. Habislah 3 cucuk tu.....memang malam nie malam menternak kalori betullah. Baki yang lain tu saya frozenkan.....resepi nie boleh dapat 15 cucuk.
Bebola Durian/Sate
Durian
resepi dari Majalah
Sedap
Photo dan publish by
resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
250gm tepung gandum protein
tinggi
25gm gula pasir
1 1/2 tsp mauripan/yis
1 biji telur
75gm air sejuk
75gm isi durian, dikisar
halus (dalam 4 ulas durian)
25gm santan pekat
segera
25gm marjerin
1 tsp garam (saya bubuh 1/2
tsp sahaja)
100gm gula aising untuk
taburan
Minyak untuk mengoreng
Lidi pencucuk sate
Cara membuatnya:-
1. Kisar isi durian dan
santan sehingga halus. Ketepikan
2. Campurkan tepung gandum,
gula pasir dan mauripan. Kacau rata
3. Masukkan telur, campuran
isi durian sedikit demi sedikit sambil diuli. Masukkan air sedikit demi
sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan. Air tidak perlu habis jika doh
sudah tidak melekat ditangan.
4. Masukkan marjerin dan
garam. Uli sehingga doh elastik. Biarkan doh rehat selama 15 minit.
Kempiskan adunan.
5. Timbang setiap bahagian
adunan seberat 10gm. Bulatkan dan biarkan doh rehat selama 30 minit diatas
loyang yang ditabur tepung gandum
6. Goreng dalam minyak yang
telah dipanaskan dengan api yang sederhana sehingga masak.
7. Cucuk kuih ke lidi sate.
Taburkan gula aising.
Nota:-
- Saya lebihkan durian dan
santan, sebab itu saya uli tepung dengan kisaran durian terlebih dahulu
sebelum dimasukan air. Saya hanya masukkan sedikit air sahaja dan tidak
habis 75gm tu. Untuk anda pastikan anda kemudiankan air. Doh seperti doh
donat yang biasa tu.
- Pastikan api perlahan
supaya ia kuning keemasan yang cantik. oleh kerana ia bebola yang kecil maka
ia mudah hangit jika api kuat.
- Supaya lidi sate tidak
mudah terlepas, salutkan coklat putih pada lidi sate dan kemudian cucuk
kuih.
- Pastikan anda tabur tepung
mencukupi pada loyang sebelum meletakkan doh bebola anda. Jika tidak doh
akan melekat pada loyang dan bebola anda tidak bulat dengan cantik. Jangan
kedekut tepung gandum.
3 comments:
Assalamualaikum ...
Ok gak kan buat donut ni..perabih durian..mesti sedap baru nya..saya suka durian...
As'salam ok gak perbagaikan rasa donat..sure ank akk suka ni..donat perasa durian..dia pulak hantu buah tu hehehe..nak try le..tq resepi yee
Salam Nazrah, cuba lah. ok jugak rasanya.
Post a Comment