Oleh kerana gagal mendapatkan
bahulu pecah lapan dibungkus dengan kotak sebagaimana yang mak saya
suka......saya serve internet semalaman untuk cari something yang boleh
mengantikan kotak tersebut. Saya dah dapat quotation untuk kotak packing
bahulu tersebut tetapi ia terlalu mahal dan tidak berbaloi. Nampaknya bahulu
dibungkus dengan kotak packing yang istimewa menjadi trend sebagai door gift
semasa kenduri sekarang dan harga perlulah reasonable. Biasanya orang akan
cari sesuatu yang dibawah RM2 satu sebab bila kenduri ia bukan untuk
kuantiti yang sedikitkan.
Dalam serve internet semalam
maka saya berkenan kat kotak nie. Kotak putih yang hanya diikat dengan
reben. Simple dan amat menarik. Berdasarkan idea dari foto nie maka hari nie
saya pergilah mencari kotak tersebut.
Untuk mendapatkan kotak
putih, saya ke Bagus @ Kota Damasara. Bagus bakery berhampiran dengan rumah
saya hanya 5 minit sahaja. Dulu saya suka ke Bake With Yen....sekranag dah
pindah ke KD maka Bagus bakerylah pulak tempat saya shopping barang bakeri.
Antara BWY dengan Bagus, barang di BWY lebih murah....saya dah survey ada
item yang sama tapi beza harga sampai RM0.50 sehingga RM1. Contohnya hari
nie bila saya terlupa beli Glycerine kat BWY dan saya terpaksa beli kat
Bagus....harga glycerin sebotol kat Bagus adalah RM1.80 sedangkan kat BWY
hanya RM1. Tapi dari segi kekemasan dan tempat yang teratur dan layanan yang
lebih mesra....Baguslah tempatnya.....BWY serabutttttt. Ehhhhh melalut
pulak, saya nak cakap pasal kotak kan.
Kita berbalik semula ke
kotak.....inilah kotak putih bersaiz 4x4x3 yang dibeli kat Bagus Kota
Damasara. Satu kotak berharga RM0.15....saya ambil 500 keping maka ia jadi
RM60. Selesai masalah kotak....sekarang nak fikir pasal isinya pulak
kan.
Saya cadang nak masukkan
sampul tisu (dalam sampul kain nie ada tisu muka) dan satu cupcake atau
muffin. Mungkin coklat atau cookies untuk memenuhkan ruang kosong.
Kotak nie akan diikat dengan reben besar...bukan reben nie... ini hanya simple sahaja. Tema majlis kahwin adik saya adalah purple pink so mungkin reben purplelah. Reben kena cari lepas nie. Sticker ucapan terima kasih akan dibuat sendiri oleh adik ipar saya. Beliau mahir dalam computer grafik so beliau dah volunteer nak buat.
Ok jugak kan.....bila fikir-fikir balik, kenapa saya tak buat sendiri cupcakes atau muffin. Saya masuk kelas masak/kelas kek....bayar ratus-ratus satu kelas....saya belajar tapi saya takut nak cuba buat. Saya akan cuba buat muffin atau cupcakes sendiri...lebih jimat dan saya akan lebih puas hati. So masalah door gift dah selesai. Mungkin bahulu berpacking kotak cantik tu saya tempah untuk kenduri saya sendiri hehehe....amin.
3 comments:
memang puas hati kalau buat sendiri dan lebih jimat, cuma memerlukan sedikit kreativiti.
saya pun mcm dah terpikat kat baulu pecah 8 berserta kotak tu utk jadikan buah tangan akikah anak nanti...thanks for the idea n info
Aminnn ,maaf bdaria tak sempat nak email lagi serabut sekarang ni maaf bnyk 2,sy suka gift box tu simple but nice,rasanya bdaria boleh buat sendiri muffin tu
Bahulu pecah lapan tu saya tak der..tapi bahulu ada inti tu ada ler ..tapi tunggu empunya badan kawin kot baru boleh promosi....
Post a Comment