Sabtu lepas 4/6, majlis
perkahwinan adik perempuan saya diadakan sebab itulah saya tak dapat nak up
date blog nie dan menjawap komen-komen kat shoutbox. Mintak maaf
banyak-banyak kepada yang tinggalkan komen tetapi saya tak jawap. Celcom
berukband nie kalau kat kawasan luarbandar memang slow malah tak berfungsi
langsung. Saya balik ke KL nie pada hari isnin....masuk kerja semalam tapi
penat masih terasa sebab tu malam nie baru berpeluang duduk depan pc
meng-update blog.
Bila saya check balik
gambar-gambar yang diambil dari kamera nie, baru perasan saya langsung tak
ada gambar sekitar majlis perkahwinan, gambar pengantin atau gambar bilik
pengantin. Saya balik ke kampung pada pagi jumaat sebab hari rabu dan khamis
saya perlu siapkan beratus-ratus muffin dan bahulu kemboja untuk dimasukkan
kedalam gift box. Rumah saya kat kampung baru siap
renovation.....barang-barang yang didalam plastik2 hitam perlu dikeluarkan
dan disusun semula. Mak saya bertungkus lumus membasuh dan menyusun semua
barang-barang dapur dan perabut rumah seminggu awal sebelum majlis kahwin
diadakan.
Kami adik beradik
mencadangkan supaya guna khidmat katering untuk kenduri nie tapi mak masih
nak pertahankan semangat gotong royong malah beliau kata jika guna katering
nanti masyarakat tak datang sebab mereka segan nak makan tanpa buat kerja.
Dia bertegas nak masak jugak.....malah dia sediakan ikan bilis sambal
tempoyak dan acar buah beberapa hari sebelum kenduri. Dia kata kami mampu
memasak sendiri makanan untuk kenduri tersebut.
Bila tiba hari kenduri,
keadaan yang kami adik beradik duga berlaku......tak ramai yang datang
membantu.....yang datangpun hanya sekadar duduk bersembang dan topik hangat
ketika itu adalah saya.......'kenapa anak dia yang sulung tu tak kahwin
lagi'. Saya dengan berbaju t shirt dan berkain batik bertungkus lumus
menyiapkan hidangan pengantin. Kerja saya tidak mudah sebab sentiasa
diganggu oleh makcik2 tersebut. Ada saja benda yang tak kena dimata mereka.
Kalau yang muda-muda pula duduk bersembang dan mengumpat kami adik
beradik...' kakak-kakak dia kerja besar....kereta besar tapi nak beli benda
macam ni pun tak boleh'. Walaupun keadaan kelam kabut tapi kami bernasib
baik sebab masih ada saudara mara, budak-budak tahfiz, ustaz tahfiz sanggup
datang tolong meringankan beban kami pada hari tu.
Suasana kenduri secara gotong
royong dah tak sesuai lagi pada masa sekarang. Orang-orang kampung dah malas
nak tolong sebab yang tua dah tak larat manakala yang muda pula berat
tulang. Adik bongsu saya kata ' nanti bila adik kahwin...adik tak mahu buat
kenduri". Sekarang anda dah tahu mengapa saya tak ada sekeping pun gambar
majlis perkahwinan adik saya sebab saya terlalu sibuk sehinggakan nak pegang
kamerapun tak sempat.
Nie gambar yang saya ambil
dalam keadaan tergesa-gesa sebelum kenduri bermula. Sedikit gambar hantaran
dan gambar makanan kenduri.
Coklat ros putih dan daun
hijau nie dibuat oleh rakan sekerja yang datang membantu saya pada petang
khamis. Hanya coklat semata-mata....tanpa inti atau kekacang...tanpa
bentuk-bentuk yang cantik.....masa tu dah tak sempat sebab saya masih belum
buat kek kahwin, hiasan fondant dan kuih talam.
Barang-barang hantaran adik perempuan saya.....hanya sebahagian yang sempat saya ambil gambar. Simple saja.....mak tak suka pembaziran....mak saya kat kenapa nak buang duit buat hiasan mewah-mewah....yang akhir sekali tidak digunakan. Hal ini tidak dipersetujui oleh beberapa orang jiran2 kat kampung....mereka mencebik melihat hiasan hantaran yang simple begini. Mereka datang hanya untuk cari bahan mengumpat. Bila lihat kerusi bersanding yang dihadiahkan oleh mak andam sebab adik saya ambil pakej.....mereka kata "ingatkan mereka nie alim sangat.....rupanya bersanding jugak'. Majlis persandingan tidak diadakan....kerusi tu hanya diletakkan bagi memudahkan adik saya ambil gambar....adik saya nie tak 'sihat' macam orang lain, dia tak boleh berdiri lama.
Ini adalah makanan kenduri yang kami hidangkan.
Mula-mula saya hendak buat udang goreng tepung disusun secara menegak pada nenas tapi akhirnya disusun begini sebab ketika siap goreng udang, jam dah pukul 11.45 pagi....tak ada masa nak hias cantik-cantik. Yang penting udang goreng tepung tu sedap....itu yang penting....anda boleh kutuk saya tak kreatif....saya tak kisah langsung.
Acar
buah, sajian yang menjadi kegemaran orang maa kenduri siap mintak
nak packing bawak balik. Ini kepakaran mak saya.....dulu dia meniaga
acar buah.
Kari darat daging lembu......seekor lembu ditumbangkan pada hari ini. Semuanya dimasak gunai darat. Mak tak nak banyak jenis lauk. Malam sebelum kenduri, kami buat sup tulang....huhhhhh bestnya makan ramai-ramai bersama sanak saudara yang datang dari jauh.
Ikan patin masak tempoyak. Bekalan ikan patin segar diperolehi dari saudara pengantin lelaki yang mengusahakan perternakan ikan patin sangkar kat sungai Temerloh.
Ayam goreng berempah......ayam diperam pada hari jumaat lagi. Resepi adik perempuan saya. Dia yang menyediakan hidangan ini. Ini bukan untuk hidangan pengantin tapi ini adalah masakan kenduri....semua tetamu makan ayam goreng berempah ini.
Sambal bilis masak tempoyak. Disediakan awal oleh emak saya.
Ini pulak door gift untuk tetamu. Door gift nie disediakan oleh saya.
Sampul tisu nie ditempah dengan harga RM1 setiap satu. Disponsor oleh saya.
Kari darat daging lembu......seekor lembu ditumbangkan pada hari ini. Semuanya dimasak gunai darat. Mak tak nak banyak jenis lauk. Malam sebelum kenduri, kami buat sup tulang....huhhhhh bestnya makan ramai-ramai bersama sanak saudara yang datang dari jauh.
Ikan patin masak tempoyak. Bekalan ikan patin segar diperolehi dari saudara pengantin lelaki yang mengusahakan perternakan ikan patin sangkar kat sungai Temerloh.
Ayam goreng berempah......ayam diperam pada hari jumaat lagi. Resepi adik perempuan saya. Dia yang menyediakan hidangan ini. Ini bukan untuk hidangan pengantin tapi ini adalah masakan kenduri....semua tetamu makan ayam goreng berempah ini.
Sambal bilis masak tempoyak. Disediakan awal oleh emak saya.
Ini pulak door gift untuk tetamu. Door gift nie disediakan oleh saya.
Sampul tisu nie ditempah dengan harga RM1 setiap satu. Disponsor oleh saya.
11 comments:
salam bdaria...byk jugak benda yg awak masak tuk kenduri nih...kalau saya mau dah tak larat bangun dah...hehehhe....apa2 pun syukur semua dah selamat....adat le org yg suka sok sek disana sini tu....kadang2 derang ni tak leh tengok org lebih skit....masuk telinga kanan kuar telinga kiri je la kalau nak melayan cakap2 org cam gini...:)
selalunya memang camgitu yg datang hanya tahu mencemuh aje,kat kmpg saya pun dah kurang gotong royong selalunya sendiri2 yg buat,tp kat kampung husband still ada rewang2 ni
Salam Quinnie,
Masakan tu dibuat oleh mak, adik2 dan saudara mara yang datang tolong. Mujur kami sekeluarga cekap kat dapur kalau tak mau nya tetamu datang tak makan. Soalan cepumas bertalu-talu ditujukan kepada saya. Ketika berbual2 mata mereka memandang saya dengan simpati. Masa tu rasa nak hilangkan diri saja.
Salam Chik Mimi,
Sebenarnya saya rindukan kemeriahan gotong-royong, seronok sangat....tapi sekarang nampaknya khidmat katering jugak yang diperlukan.
Semangat gotong royong dah nak pupus dah agaknya. Kampung saya pun sama je fenomena nya. Kalau adapun yang nak menolong, orang tu lebih kurang tua mak saya. Yang muda lebih suka berlonggok dan bersembang.
Salam..orang memang macam tu...ada-ada aje yang tak kena.Tak taulah apa yang perfect di mata mereka. Tak termampu nak layan..sabar aje..anggaplah mereka masih belum cukup ilmu untuk bermasyarakat
Assalam... sy dh rasa mcm mana kelam kabutnya masa kenduri kahwin mcm sbb sy juga ank sulung secara x langsung byk keja kita kena buat.
Walaupun di kg sy masih ada yg nk dtg menolong tapi ramai juga yg guna katering pasal yg tinggal kat kg ni dah ramai yg sakit mcm2.
Abah sy masih mahu memasak sendiri tanpa mengunakan katering dan untuk 3 org adk sy yh dh berkahwin menu kenduri adalah hasil tangan kami anak beranak org kg cuma dtg memotong dgg ,mengupas bwg dan ramai yg duk berborak2.
Istemewanya kita ni belajar dari pengalaman sendiri dan tahu gak sikit sebanyak menguruskan kenduri besar mcm yg kamu dh buat skrg.
wahh saya salute BDaria dapat siapkan beratus muffin, baulu semua. kalau saya mau pengsan huhu. Syukur semuanya dah selamat.
Bab cakap2 orang tu, pekak kan telinga jer sebab kalau kita pikir, nanti kita yang sakit hati diaorang tade pape. Bagi saya hiasan, hantaran semua tu kurang penting sebab orang cuma nak tengok utk sehari tu jer. Tapi kalau lauk tak cukup, seumur hidup orang akan ingat. Bertuah mak Bdaria dapat anak2 yang cekap.. dik...
Eh Lupa plak.. kalau sudi boleh berkongsi resepi acar buah? Kalau tak boleh tak per...TQ
Salam Ijip,
Tentang resepi acar tu nanti kalau ada kesempatan saya mintak drp mak saya tapi faham2lah resepi oarng tua...mereka nie byk main agak-agak. Sukatan pun main mangkuk2 aje.
Salam CT,
Seronok bila tengok orang makan makan masakan kita tapi letih memasak, menghidang, membasuh periuk belanga tu yg makan masa berhari-hari nak hilang tambah pulak orang yg jarang masuk dapur dan masak dlm kuantiti banyak macam saya nie. Saya tak pernah buat kerja berat...bila kena sekali tu yang serik. Kalau guna katering pun belum tentu tak ada masalah kan tapi sekuarng2nya kita ada masa nak beramah mesra dgn tetamu
Post a Comment