Dah lama saya janji nak
bagi resepi bingka labu....nie baru dapat tunaikan
janji. mintak maaf banyak-banyak kepada yang tertunggu-tunggu resepi bingka
labu tempohhari. Saya buat sebelum pindah pastu lepas pindah baru nak post
kan entry tertunggak tu. Resepi pulak dalam kotak. Bila dah bukak
kotak.....resepi pulak hilang. Jenuhlah mencari...akhirnya jumpa jugak
terselit kat dalam fail.
Minggu lepas beli
labu.....ingat nak buat pada hari khamis nie supaya boleh dibawa balik ke
kampung pada hari jumaat. Bila tengok labu tu dah nampak tak elok terpaksa
jugak buat malam nie. Saya buat separuh adunan saja so saya tak masukkan
dalam loyang saya buat dalam acuan kuih bakar. Gambar nie diambil lepas
bingka labu nie dikeluarkan dari oven......masih panas-panas lagi dan tidak
boleh nak dipotong.
Sedap pulak bingka
labu dibuat dalam acuan kuih bakar nie. Bila dibakar dalam oven ia akan
lebih garing.....sebab dia kecil daripada dibakar dalam acuan. Oklah kepada
yang hendak mencuba inilah resepinya.
Bingka
Labu
Recipe: Chef Asma
Bahan-bahan:-
Bahan A
300gm tepung gandum
400gm gula halus (kurangkan
kepada 350-360gm jika anda guna gula kasar)
120gm majerin
1 1/2 tsp garam
Bahan B
6 biji telur
400ml santan
1200gm labu kuning (buang
kulit, kukus dan timbang)
pewarna kuning telur (sy tak
bubuh sbb labu tu dah betul2 kuning)
Cara-caranya:-
1. Bahan A dikacau rata
sehingga menjadi serbuk
2. Blend bahan-bahan B
sehingga halus dan masukkan kedalam periuk/kuali
3. Masukkan bahan A dan kacau
rata
4. Kacau sebentar diatas api
sehingga agak pekat
5. Tuang kedalam loyang dan
bakar 1 jam
Nota:-
1. Sila kurangkan gula sedikit,
sukatan gula diatas adalah untuk gula castor. Saya bawak ke ofis this
morning, kawan-kawan cakap bingka nie manis. Kurangkan kepada 350gm.
2. Sukatan resepi diatas adalah
untuk loyang 10 x 10 ye. Untuk orang nak buat bisness. Kalau setakat nak
makan sekeluarga tu buatlah separuh sahaja.
3. Sapu majerin/butter rata
dipermukaan loyang. Lapik daun pisang yang dipotong dibawahnya (kalau tak
ada boleh guna aluminium foil - saya tak guna apa-apa pun, ok je tak
melekat). Baru masukkan adunan dan ratakan permukaan bingka dengan
meletakkan sedikit minyak/majerin/butter dan ratakan dgn belakang senduk
atau sudu. Ambil sehelai plastik bersih dan guna tapak tangan, tekan-tekan
permukaan bingka supaya ia padat. Buanglah plastik tu dan barulah masukkan
kedalam oven.
9 comments:
menyesal tak beli labu pg tadi...dok teragak2 je...eee..kalu tak dh bleh buat mlm neh..
akak ambek resepi yer..mekaseh
Hari tu saya wat bingka labu lembek la pulak..nampak yg ni elok jer..tapi bingka labu sedap kan...
salam bdaria...emm lama tak makan bingka labu....saya nak tanya....kalau pakai loyang pecah lapan ni....dia lepas bakar tu boleh kuarkan terus ke dari acu? dia boleh lekang terus dari acu macam buat bahulu tu ke?
rajinnye....
selalu singgah sini masa meronda...
suke baca dgn apa yg diceritekan
Salam Mak Qis,
Baik gi beli labu, my indian fren cakap bingka labu nie sedap sangat...dia makan sampai 4-5 ketul.
Salam Nazrah,
yang nie tak lembik...just nice. Make sure jangan potong masa dia panas-panas lah. Biar dia sejuk dulu baru potong.
Salam Quinnie,
Sebelum masukkan adunan, sapu majerin/butter kat acuan bakar. lepas masukkan bancuhan letakkan sikit majerin/butter diatasnya dan ambil belakang sudu dan ratakan.Boleh potong daun pisang dan lapik dibawahnya.
Klu guna acuan bakar yg baru beli, pastikan masukkan minyak penuh dan bakar dgn suhu 60-100 C selama beberapa jam sebelum guna. Jangan cuci acuan bakar atau bahulu dgn sabun. Cuci dgn air sahaja.
Quinnie,
Kuih bingka saya tak melekat langsung dgn acuan. Sy just terbalikkan dan kuih terus keluar. Tak ada masalah langsung.
Salam Cuteoven,
Terima kasih banyak2 sebab sudi singgah.
Post a Comment