Cashewnut Oats
Cookies/ Biskut Gajus Oat
Sumber: Buku Festive
Cookies, by Chef Asma
Photo & Publish by
resepidaria.com
Bahan-bahannya(140 keping
biskut):-
Bahan A
100gm mentega
100gm majerin
50gm lemak
sayuran/shortening
140gm gula kaster
Bahan B
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen
vanilla
Bahan C (diayak
bersama)
320gm tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk
penaik
1/2 sudu teh serbuk perangup
biskut (emplek)
Bahan D
80gm oats-dipanggan dan
kisar
50gm nestum-kisar (saya
gantikan nestum dengan 50gm gajus sbb nestum tak ada)
50gm gajus-panggang dan kisar
Hiasan:-
Kuning telur + setitik
pewarna kuning telur, gajus dan oats
Cara-caranya:-
1. Pukul bahan-bahan A
sehingga ringan dan kembang (dalam 2-3 minit sahaja)
2. Tambahkan kuning telur dan
esen vanilla, kacau sehingga rata
3. Masukkan bahan C dan D,
gaul rata sehingga menjadi doh.
4. Rehatkan doh selama 15
minit
5. Canai doh dan terap dengan
acuan penerap
6. Susun dalam dulang
pembakar dan sapu permukaan dengan telur kuning dan susun gajus, taburkan
dengan oats.
7. Panaskan ketuhar. bakar
pada suhu 150c selama 15-20 minit
Nota saya:-
- Pastikan ketebalan biskut
anda dalam anggaran 1/2 inci sahaja. Biskut ini akan mengembang dan jika doh
dicanai tebal, biskut tidak cantik.
2 comments:
tkasih sudi kongsi resepi neh..akak mmg dok tercari2 resepi sekuk gajus...
nampak best ,masuk list tapi tak boleh ti banyak2 tak habis sayanggg dah la bahan semua mahai kan
Post a Comment