Semalam saya cuti....bukan cuti nak buat biskut tapi
cuti sebab ada pemeriksaan mata susulan kat Hospital Tun Hussein Onn, malas
nak ambik time off sebab lepas habis pemeriksaan saya kena uruskan urusan
bank....semalam gaji masuk so macam-macam bank kena masuk untuk buat
payment. Alhamdulillah mata yg operation hari tu dah nampak ok tapi semalam
bila doktor minta saya setkan date untuk buat satu lagi operation mata
sebelah kanan (hari tu sebelah kiri)....saya dah termenung, saya minta
tangguh 2 tahun tapi doktor kata keadaan mata kanan dah agak kritikal sebab
'akar' dah memasuki mata hitam dan dia bagi 6 bulan tempoh untuk buat set
date operation. Ini bermakna awal tahun depan kena buat operation lagi.
Lepas selesai segala urusan
dan shopping serba sikit beli kelengkapan raya yang masih belum lengkap maka
dalam jam 2 petang barulah dapat membuat cookies. Kalau bukan hari cuti
memang malas saya nak buat cookie......malam-malam lepas berbuka memang saya
tak nak buat apa-apa....kalau tak pergi terawih kat surau, saya akan buat
terawih kat rumah sendirian pastu terus masuk tidur. Ok jugak sepetang dok
meng'cookies' dapatlah 3 jenis tapi tart nenas belum buat lagi....tak tau
bila nak buat kalau kat kampung saya dah tak buat cookies sebab oven
kecil.....lambat.
Oklah ini resepi samperit
kelapa atau biskut kelapa. Terpaksa buat sebab entah apa mimpi masa shopping
barang-barang biskut kat BWY, terbeli kelapa kering. Tak rugi buat bau
biskut masa bakar semerbak harum kelapa.....sedap dan berbiji jugaklah saya
makan lepas berbuka semalam.
Sumber: Buku Festive Cookies
by Chef Asma
Photo & Publish by
resepidaria.com
Bahan-bahannya:-
Bahan A
250gm mentega
180gm gula kaster (saya
kurangkan kepada 150gm)
1/4 sedu teh esen
vanilla
Bahan B
1 biji telur kuning
Bahan C (diayak
bersama)
350gm tepung jagung
50gm tepung gandum
0 comments:
Post a Comment