Saturday, February 20, 2010

Talam Roti Paun


Kuih talam saya dah siap. Bila dah belajar teknik yang betul sebenarnya senang sangat buat kuih talam tambahan pulak kalau guna pengukus Trio. Cuma kemahiran memasak adunan supaya ia tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair yang penting. kalau adunan dimasak terlalu keras ia akan menghasilkan permukaan talam yang tidak cantik dan merekah......kalau terlalu cair ia akan lembik....seperti percubaan pertama nie, lapisan kedua agak lembik sikit sbb adunan yang dimasak agak cair. So ia adalah pelajaran supaya lain kali talam yang saya hasilkan akan lebih cantik. kemahiran inilah yang patut anda belajar sebab semua resepi talam adalah sama sahaja tapi kemahiran untuk memasak adunan yang paling penting. Jika anda ada bekas telur seperti diatas, jangan dibuang....simpan dan gunakan sebagai pelapik dulang talam anda selepas talam diangkat dari pengukus.



Saya letakkan kismis kerana itu yang ada dalam stok kat rumah nie. Resepi asal guna blackcurrant @raisin. Setelah try makan....lebih sedap kalau guna raisin berbanding kismis. Lapisan bawah sekali adalah roti + kismis. lapisan bawah dan atas.....keras cantik tapi bahagian tengah agak lembik. Kena cuba sekali lagi....dah tau kat mana silapnya. So jika anda buat kuih talam dan terlembik...janganlah putus asa ia adalah salah satu dari proses pembelajaran. pakar kuih talam pun kadang2 akan buat terlembik jugak. ia bukan salah resepi tapi kaedah pembuatan yang tidak betul.




Oleh kerana saya tidak mempunyai pisau yang tajam maka saya guna sehelai benang untuk memotong talam ini.

Ok, ini talam roti paun yang telah dipotong. Saya telah mengunakan sirap ros mengantikan pewarna hijau sebagaimana yang dinyatakan dalam resepi. Lepas nie kalau saya buat sekali lagi, saya akan guna pewarna hijau di bahagian tengah sebab ia lebih cantik sebenarnya....lebih menarik digandingkan dengan kuning kastard dibahagian atas.

7 comments:

Anonymous said...

[email protected]
this is my email
from guest

Anonymous said...

Salam, bila free saya selalu juga masuk blog bdaria ni, saya ni asal ada masa je suka cuba wat kuih talam...kadang jadi kadang tidak.. geram jugak kalau tak jadi tu... atlast saya register nak masuk kelas chef asma tu...kalau lepas ni tak jadi jugak talam saya tak tahu nak kata la...puan siti.

kiroh said...

salam,blh x saya nk tau resepi talam keladi dan ada x kelas masak talam ni di kedah([email protected])

Heryandy said...

ini email saya [email protected]
saya berminat resepi talam roti paun ini.Harap bdaria boleh emailkan pada saya resepi itu.terima kasih

Heryandy said...

ini email [email protected] Salam bdaria saya berminat dgn talam roti paun ini.Boleh emailkan saya resepi ini.Terima kasih

azie said...

assalam, saya nak tanya talam roti ni, roti tu, guna roti biasa yang ada kat kedai dan roti perlu dikoyak-koyakkan ke

bdaria said...

Salam Azie,

Roti apa-apa pun boleh tapi sy biasa guna gardenia. Roti dikoyak2.