Kuih talam saya dah siap.
Bila dah belajar teknik yang betul sebenarnya senang sangat buat kuih talam
tambahan pulak kalau guna pengukus Trio. Cuma kemahiran memasak adunan
supaya ia tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair yang penting. kalau
adunan dimasak terlalu keras ia akan menghasilkan permukaan talam yang tidak
cantik dan merekah......kalau terlalu cair ia akan lembik....seperti
percubaan pertama nie, lapisan kedua agak lembik sikit sbb adunan yang
dimasak agak cair. So ia adalah pelajaran supaya lain kali talam yang saya
hasilkan akan lebih cantik. kemahiran inilah yang patut anda belajar sebab
semua resepi talam adalah sama sahaja tapi kemahiran untuk memasak adunan
yang paling penting. Jika anda ada bekas telur seperti diatas, jangan
dibuang....simpan dan gunakan sebagai pelapik dulang talam anda selepas
talam diangkat dari pengukus.
Saya letakkan kismis kerana itu
yang ada dalam stok kat rumah nie. Resepi asal guna blackcurrant @raisin.
Setelah try makan....lebih sedap kalau guna raisin berbanding kismis.
Lapisan bawah sekali adalah roti + kismis. lapisan bawah dan atas.....keras
cantik tapi bahagian tengah agak lembik. Kena cuba sekali lagi....dah tau
kat mana silapnya. So jika anda buat kuih talam dan terlembik...janganlah
putus asa ia adalah salah satu dari proses pembelajaran. pakar kuih talam
pun kadang2 akan buat terlembik jugak. ia bukan salah resepi tapi kaedah
pembuatan yang tidak betul.
Oleh kerana saya tidak
mempunyai pisau yang tajam maka saya guna sehelai benang untuk memotong
talam ini.
Ok, ini talam roti paun yang
telah dipotong. Saya telah mengunakan sirap ros mengantikan pewarna hijau
sebagaimana yang dinyatakan dalam resepi. Lepas nie kalau saya buat sekali
lagi, saya akan guna pewarna hijau di bahagian tengah sebab ia lebih cantik
sebenarnya....lebih menarik digandingkan dengan kuning kastard dibahagian
atas.
7 comments:
[email protected]
this is my email
from guest
Salam, bila free saya selalu juga masuk blog bdaria ni, saya ni asal ada masa je suka cuba wat kuih talam...kadang jadi kadang tidak.. geram jugak kalau tak jadi tu... atlast saya register nak masuk kelas chef asma tu...kalau lepas ni tak jadi jugak talam saya tak tahu nak kata la...puan siti.
salam,blh x saya nk tau resepi talam keladi dan ada x kelas masak talam ni di kedah([email protected])
ini email saya [email protected]
saya berminat resepi talam roti paun ini.Harap bdaria boleh emailkan pada saya resepi itu.terima kasih
ini email [email protected] Salam bdaria saya berminat dgn talam roti paun ini.Boleh emailkan saya resepi ini.Terima kasih
assalam, saya nak tanya talam roti ni, roti tu, guna roti biasa yang ada kat kedai dan roti perlu dikoyak-koyakkan ke
Salam Azie,
Roti apa-apa pun boleh tapi sy biasa guna gardenia. Roti dikoyak2.
Post a Comment