Entry ini telah diciplak oleh
http://resepi.tipsone.com @
resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau
dan katakan anda benci dengan perbuatan
menciplak.
==================================================
Talam keladi nie saya buat
malam semalam. Singgah tesco, tengok keladi cantik je macam baru
sampai....terus ambil seketul. Talam keladi nie memang dah lama nak buat,
kalau tak testing buat sendiri lepas belajar tak tahu boleh ke tidak ilmu yg
dibelajar. Kena juga buat untuk testing skill. Masa dalam kelas bolehlah
buat sbb chef ada tolong pantau. Kalau makan talam keladi atau apa2 kuih
talam saya kurang gemar kalau tepung lebih....saya suka yang lembik sikit
dan lembut.
Resepi chef Asma setakat nie
tidak menghampakan...memang berbaloilah masuk kelas hari tu. Kalau anda
hendakkan semua resepi talam....masuklah kelas Chef. Saya mintak maaf sebab
saya tak boleh bagi semua resepi talam chef. Saya sanggup berkongsi resepi
Talam Roti paun.....tapi ada yang sanggup mintak(email-lepas saya email
resepi talam paun, dia email balik) sampai semua resepi talam. Saya tidak
ada masa nak menaip semua resepi talam semata-mata untuk dia seorang........
saya bekerja dan punya aktiviti sendiri. Chef masih mengajar mengunakan
resepi2 tersebut.....takan saya nak rosakkan periuk nasi orang dengan
publish semua resepi yg beliau guna untuk mengajarkan. Jadi harap anda dapat
memahami mengapa ada resepi talam kelas Chef Asma yg saya publish dan ada yg
saya tidak publish.
Warna purple talam nie saya guna yam paste. Saya kurang
gemar colornya tapi bau dia harum sangat sbb guna yam paste. lepas nie nak
kena cari jugak color yg chef guna. Pekajaran penting yg saya dapat bila
buat talam nie. Kuantiti cecair (air @ santan) haruslah dikurangkan sedikit
jika guna tepung beras cap gajah.
saya potong keladi agak besar
sikit sbb sy suka kalau bila makan terasa ketulan keladi tapi rupanya tidak
cantik jika dipotong jika potongan kiub keladi besar sangat....so lepas nie
kena buat dalam bentuk kiub2 kecil seperti chef ajar. Tulah derhaka sangat
dengan ajaran cikgu.
Guna pengukus Trio nie memang mudah dan
hasilnya pun cantik.
Talam keladi nie saya buat
lepas balik gym. Alhamdulillah jam 10.30 malam talam nie siap dan saya
sejukkan sebentar. Jam 11 saya dah rasa mengantuk sangat....so saya potong
sedikit untuk ambil gambar...sekadar ingin melihat hasilnya saja.
Alhamdulillah...jadi elok sangat tapi masih nampak lembik sikit sbb belum
cukup sejuk bila dipotong. Esok pagi dah nak bawak ke pejabat so takan nak
tangkap gambar masa dihidangkan atas meja kat pantry....nanti pelik pulak
ofismate. Tak ramai ofismate saya yg tahu kewujudan blog nie dan melayari
blog nie. Memasak adalah aktiviti yg saya gemari dan dilakukan diwaktu
lapang sahaja....saya bukan seorang isteri atau seorang ibu so memasak bukan
kemestian dalam kehidupan harian saya. Memasak hanyalah satu keseronokan
saja buat saya.
Boss saya pernah berkata ' u
patut berhenti kerja dan buat bisness makanan'. Boss saya mungkin terlupa
bahawa sebelum saya memegang jawatan sekarang....saya pernah memiliki sebuah
syarikat...sebuah kilang dengan lebih 30 orang pekerja (sekarang saya hanya
shareholder dan hanya terima dividen setiap tahun). Saya lebih mengetahui
susah senang...sepak terajang dunia bisness berbanding beliau. Saya suka
kerja saya sekarang dan tidak berniat untuk meninggalkannya. Ketika masuk
kelas memasak saya sering ditanya 'u ambil tempahan kuih ke'....pelik mereka
bila saya jawap ' saya masuk suka-suka je'.
5 comments:
Salam Bdaria,
Saya juga pernah di sindir kedekut ilmu dan dikata mcm2 dlm fb oleh Nbor gara2 dikatakan kedekut Ilmu membuat coklat yg saya bayar beratus ringgit ketika belajar dan belum pun saya praktikkan dirumah.Itulah manusia yg terlalu suka mengetuk org.....
Talam keladi kalau nak cantik lagi waktu rebus keladi tu bubuh perwarna purple. Talam keladi tu apabila dipotong warnanya lebih menyerlah dan nampak lebih cantik.
To ubaidillah, terima kasih atas tip itu. Nanti saya cuba cara tu bila buat talam keladi lagi
tak akan miskin orang yNG BERSEDEKAH.semoga ilmu yang anda beri menjadi pelindung dari segala musibah.AMIN.
nak tanya pengukus tu beli kat mana?
Post a Comment