Saturday, June 5, 2010

Kuah Sambal Sardin


Sambal sardin nie saya buat untuk dimakan bersama rava dosa yang dibuat sebagai sarapan pagi tadi tapi berakhir sebagai makan tengahhari saya kerana dalca mengambil masa yang lama untuk empok.

Kuah sambal sardin

Bahan-bahannya:-

1 tin ikan sardin
12 ulas cili kering - direndam dan diblender halus bersama 1/2 cwn air
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan gula
sedikit garam
air asam jawa
1 biji tomato
air secukupnya

Cara-caranya:-
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah
  2. masukkan cili kering yang diblender
  3. Masak sehingga lada benar2 masak.
  4. Masukkan 1 cwn air, air asam jawa, garam dan gula
  5. Masukkan ikan sardin dan kuahnya.
  6. Masukkan bawang besar dan kacau rata
  7. masukkan tomato dan biarkan sebentar
  8. angkat dan hidangkan

0 comments: