
KEPAK AYAM BAKAR
Photo by resepidaria.blogspot.com
Recipes by Majalah Sedap bil 25
Bahan-bahannya(hidangan:6 orang)
12 ketul kepak ayam (saya guna 4 ketul sahaja)
2 sudu makan madu
50gm sos tomato
2 sudu makan kicap inggeris(sos lea n perrin)
2 sudu teh lada hitam kasar
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air perahan lemon
2 sudu makan unsalted butter
200ml air
Cara-caranya
- Lumur ayam dengan madu, sos tomato, kicap
inggeris, lada hitam dan garam. Perap 1 jam dalam peti sejuk.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan masak sehingga rempah menyerap. Masukkan air perahan lemon dan mentega. Kacau rata dan angkat.
- Bungkus dengan kertas aluminium yang telah disapu mentega
- Bakar selama 35 minit dengan suhu ketuhar 180c sehingga masak
Saya tidak bakar
dalam oven sebab oven kecil saya tu buat hal so saya bakar dalam kuali
sahaja sbb tu kepak ayam saya terhangus.
2 comments:
kicap inggeris tu mende? hehe~
kicp inggeris=sos lea n perrin
Post a Comment