

Bangun pagi tadi, terus demam. Masa kecil dulu sy memang 'hantu' durian dan boleh makan sebiji sekali hadap tapi sekarang makan seulas pun saya dah demam wp teringin sesangat nak makan. Pergi klinik kat Shah Alam pastu singah kat SACC. Singgah MPH, belek2 buku tertarik dengan buku Selera Ramadhan oleh Rubiah Suparman. Sudah beberapa kali saya makan di Restoran Puteri milik Rubiah Suparman....memang sedap masakan disana terutama serawa durian. Petang nie saya buatlah serawa durian, resepi dari buku tersebut. Durian 2 paket tu saya kena habiskan sbb isnin nanti sya akan outstation so ia perlu dihabiskan supaya peti ais saya tidak berbau.

Serawa durian
photo by resepidaria.blogspot.com
recipe by Selera Ramadhan, Rubiah Suparman
Bahan-bahan
10 ulas isi durian
1 buku gula melaka
1 biji kelapa (diperah dijadikan 5 cawan santan)
3 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 kilo beras pulut
Cara-caranya
- Masukkan santan, gula, durian dan garam dalam periuk. Masak sehingga mendidih dengan mengunakan api yang sederhana perlahan.
- Kacau supaya tidak berketul-ketul dan sehingga mesra dan isi durian tanggal dari biji durian.
- Pulut pula dibersihkan dan direndam sebaik-baiknya semalaman. Kukus ataupun tanak. Saya tanak saja pulut.
- Enak dimakan bersama serawa durian.
0 comments:
Post a Comment