Cendol dah buat
so jom kita makan ais cendol pulak. Selalunya kita makan ais cendol dengan
kacang merah @ pulut. Kali nie jom makan ais cendol dengan nangka. resepi
nie saya dapat kat majalah sedap. Oleh kerana tiada gelas cantik untuk
dihidangkan....saya guna mangkuk saja. Tak begitu menarik sangat
presentationnya tapi rasanya boleh tahan....harum nangka menyedapkan lagi
cendol tersebut.
AIS CENDOL NANGKA
Sumber: majalah sedap bil 23
Anggaran: 12 orang makan
Bahan-bahannya:-
600gm cendol, toskan
650gm ais kisar (sy guna ais ketul je)
Bahan sirap gula:-
500gm gula merah/gula melaka - kikis
6 ulas nangka, potong dadu
3 helai daun pandan, ikat
200ml air
1/2 sudu teh garam
Bahan kuah santan:-
2500ml santan daripada 2 1/2 biji kelapa
5 helai daun pandan
1 1/4 sudu teh garam
Cara-cara membuatnya:-
AIS CENDOL NANGKA
Sumber: majalah sedap bil 23
Anggaran: 12 orang makan
Bahan-bahannya:-
600gm cendol, toskan
650gm ais kisar (sy guna ais ketul je)
Bahan sirap gula:-
500gm gula merah/gula melaka - kikis
6 ulas nangka, potong dadu
3 helai daun pandan, ikat
200ml air
1/2 sudu teh garam
Bahan kuah santan:-
2500ml santan daripada 2 1/2 biji kelapa
5 helai daun pandan
1 1/4 sudu teh garam
Cara-cara membuatnya:-
- Sirap gula. Rebus gula merah, nangka, daun pandan, air dan garam sehingga larut dan pekat. Kacau rata dan sejukkan.
- Kuah Santan. Rebus santan, daun pandan dan garam sehingga mendidih. sejukkan
- Hidangkan cendol bersama sirap gula, kuah santan dan ais kisar.
- Masukkan sirap gula dan ais ketika mahu
dihidangkan supaya rasa manisnya tidak akan hilang.
0 comments:
Post a Comment