Hari ini seharian saya
'melawat' setiap kedai yang menjual lampu, peralatan elektrik dan peralatan
rumah. Bermula dari seri kembangan sehinggalah ke Puchong. Setiap kedai
lampu yang dikatakan murah, saya lawati. Akhirnya saya pilih Houses
lightings di Bandar Puchong Utama, untuk membeli lampu dan kipas siling.
Berbanding dengan kedai-kedai lain, inilah kedai yang paling
murah......oklah tak sia-sia pusing seharian. Habis RM1500 untuk 2 set kipas
siling (5 blades), shower water heater, lampu2 untuk satu rumah. Selesai
tugasan saya hari nie. Minggu depan kena tunggu kontraktor untuk pasang
lampu dan kipas. Saya tak sangka saya akan menjadi interor designer pulak
hari nie, sakit kepala mendongak tengok pelbagai lampu hiasan yang
cantik2.....rambang mata. Dekat 2 jam jugaklah dok belek satu persatu. Nanti
saya tunjukkan lampu2 yang saya beli ok.....bila dah siap pasang....rasanya
cacamarba konsep dekoration rumah saya.

Masa dok pusing2 kat Seri
kembangan saya singgah kat kilang beryl's. Biasalah saya nie, sentiasa
'peka' dengan warehouse sale. Sebab tulah kat blog niepun ada list warehouse
sale itu belum lagi kat email....penuh dengan info warehouse sale. Selalunya
untuk tahun baru cina kilang beryl's buat sale...tapi taklah terlalu murah.
Jika anda tinggal berdekatan, berbaloilah pergi. Tapi jika anda duduk jauh,
tak payahlah habiskan duit minyak n toll setakat nak jimat RM1-2 untuk satu
pek. Saya pergi sebab alang2 dah lalu kat area nie so singgahlah. Anak
saudara saya Aisyah yg umur 2 tahun tu suka sangat coklat beryls nie. Saya
beli coklat jenama lain....dia tak makan sbb manis katanya tapi coklat
Beryls memang tak cukup kalau bawak balik.
4 comments:
bestnya mkn coklat...DeQdEq ada pegi juga beryl's ni tahun kepas wkt dia buat choc fair...jd leh mkn free coklat...heheheh
semalam kita gi yimmie bangi beli barang coklat,kalau tau beryls buat jualan boleh gi kan..tapi berbaloi gak gi yummie,,tahniah dengan rumah baru..mesti cantik nanti designnyer..kalau dekat boleh tolong jahitkan langsir,,hihihi..
DeQdEq, mmg suka pergi kat sini kalau lalu kat serdang, kdg2 klu kursus kat Bangi, sanggup lalu kat sini sbb nak singgah kilang nie. Sy gila aiskrim yg dijual kat kilang tu.
K.Asma, warehouse nie tak jual coklat masakan. Coklat biasa, sy suka gi sini sbb ada bbrp jenis coklat yg tak ada dijual kat tesco/giant. Ramai pelancung suka dtg sini sbb harga kat airport double/triple dari harga kat sini @ supermarket.
Post a Comment