Friday, January 21, 2011

Kuih cara manis






Sebelum nie, saya ada buat kuih cara berlauk tapi guna acuan yg dipinjam dari jiran. Ini pula kuih cara yang dibuat mengunakan acuan bahulu biasa yg dibeli di BWY, acuan baru.....setelah direndam dengan air asam jawa semalaman dan dipanaskan dalam oven dengan kepanaskan sederhana selama beberapa jam, barulah acuan ini saya guna. Jika anda ingin melihat secara detail bagaimana ia dilakukan sila ke sini. Untuk testing acuan bahulu supaya tidak melekat, saya cuba buat kuih cara manis ini. Alhamdullillah, tak melekat.


Oklah ini resepi yang saya gunakan untuk buat kuih cara manis. Saya bakar dalam oven sahaja. lebih mudah tapi memang hasilnya kurang cantik berbanding dengan mengunakan acuan tembaga. Nampaknya bila balik Kuala Terengganu kenalah cari satu.



Kuih Cara Manis


Bahan-bahannya:-
  • 440ml santan cair (saya guna 100ml santan kotak + 340ml air pandan)
  • 1 biji telur

  • 150gm tepung gandum

  • 1/2 tsp garam

  • 2 @3 helai daun pandan (blender bersama dengan air diatas)

  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)

  • Gula secukupnya

Cara-caranya:-


  1. Blender semua baha-bahan diatas kecuali gula. Biarkan sebentar

  2. panaskan acuan kuih cara dalam oven terlebih dahulu.

  3. Masukkan bancuhan kuih cara dalam acuan dan letakkan 1/8tsp gula diatas nya. Gula terpulang kepada kemanisan yang anda suka. Saya masukkan sedikit sahaja.

  4. Bakar dalam oven selama 5-10 minit dengan suhu 200C (tempoh bakar terpulang kepada anda @ jenis oven anda, oven sy oven kecil so mng sy kena guna 10 minit utk ia garing)

  5. Keluarkan dan keluarkan kuih cara dari acuan. Ulang baki adunan sehingga habis.

  6. Jika anda bakar mengunakan dapur, panaskan acuan terlebih dahulu.

  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Masukkan bancuhan dan bubuh sedikit gula diatasnya. letakkan acuan atas api yang perlahan dan tutup acuan dengan tudung periuk, bakar selama 3-5 minit. Angkat bila sudah masak.

2 comments:

Sri Anda said...

dengar kata acuan utk buat kuih cara manis tak boleh bercampur dengan kuih bakar berlauk. betul ke?

bdaria said...

Salam Sri Anda,

Ini pertama kali saya dengar. tak tahu betul atau tidak fakta tu. Nak tahu betul atau tidak kena cuba sendiri.....nanti saya cuba buat kuih cara berlauk kat acuan tu.