Tuesday, January 11, 2011

Tempahan ke 2, Talam Peanut Butter

Tempahan ke 2 yang saya nak terima. Saya kurang rajin (malas lah tu) nak terima tempahan sebab saya tak nak ia ganggu aktiviti gym atau time rehat saya. Saya tak nak terikat.....lagipun saya bukan nak cari duit lebih...duit gaji saya pun dah lebih dari cukup untuk diri sendiri. Lagipun dapur kat rumah sewa nie sempit sikit.....malas sungguh nak keluar masuk kotak perkakas bila nak guna dan lepas guna.



Saya diminta buat kuih talam......so mula2 ingat nak buat talam ubi kayu coz my ofismate suka makan talam tu. Bila nak gi pasar malam kat umah, hujan lebat. Payung pulak lupa nak bawak masuk dalam kereta so tak jadi singgah. Pusing balik dan terus ke Giant Kelana Jaya, beli santan kotak dan peanut butter.



Nilah talam peanut butter yang ditempah untuk dimakan sebagai sarapan pagi nie sbb ada 'operasi luar'. Alhamdulillah, talam saya jadi elok.....tak lembik sangat dan tak keras sangat....just nice. Cuma satu saja.....saya masih terlupa nak bawak pemotong plastik kat umah tu so terpaksa jugak potong talam tu dengan pisau kat ofis nie yang kalau hiris jari saya pun tak luka....potongan talam saya tak nampak cantik sangat....huhhhhh.










Talam dikeluarkan dari bekas setelah siap dipotong dengan pisau tumpul.


Saya bawak sekali dengan talam nie gi ofis. Sebab tempahan mengejut tak adalah saya nak gi beli kotak isi kek tu. Nak singgah Bake with yen taman indah....jalan sesak nak gi situ. Dah lah dia tutup kul 6 petang. Saya keluar ofis pun dah 5.00 petang (buat overtime sikit....kerja banyak tak siap).





Saja je nak tunjuk kukus nie. Sebab baru-baru nie saya adalah pergi ke satu tempat nie dan dalam dok berbual2 dengan seorang perempuan tu(tak kenalpun saja berbual).....dia pun berceritalah yang dia ada beli pengukus Trio nie. Dia kutuk gila2 pengukus Trio nie.....macam2 alasan dia. Pastu sayapun tanyalah dia "Akak dah pernah guna ke pengukus tu buat kuih talam ke". Dia jawap "akak tak pernah guna lagi, masih dok dalam kotak....malas lah nak guna, nyampahhhhhh sbb kena lap tudung dia setiap 3/4 minit". Ohhhhhhhh tak pernah guna tapi kutuk bagai nak rak-rak tapi mengapa dia beli yeeeeee.....pelik kan. Terlebih duit kot. Saya guna ok je......tak nyampahhhhhhh pun....cantik tak permukaan talam peanut butter tu...licin ajekan....tu sebab dok buat perkara yang nyampahhhhhhh tulah sbb tu permukaan dia licin je.
(Note: Sebenarnya tak adalah sampai 3-4 minit kena bukak tudung pengukus cuma untuk talam, tudung pengukus memang kena bukak dan dilapkan supaya air tidak menitik atas permukaan talam (2-3 kali dalam tempoh kukusan dah cukup). Untuk masakan lain tak perlu.)



4 comments:

Eena said...

hi BD, u beli kat mane pengukus trio ni cam menarik...

bdaria said...

Salam Eena,

Sila ke blog chefasma.blogspot.com. Beliau jual pengukus nie. Atau anda boleh dapatkan di carrefour, Giant puchong (yg nie my fren yg ckp ada) @ hypermarket lain. Survey harga dulu, chef jual RM190 satu tp kena ambil kat umah dia lah.

HomeKreation said...

Salam Bdaria. Betul ke kena lap tiap2 3-4 minit? Tingin jugak nak beli satu.

bdaria said...

Tak adalah sampai 3-4 minit. That lady faham macam tu. Sebenarnya kena keraplah lap sbb tak nak air menitik atas permukaan talam. Dalam 5-8 minit sekali lap.Utk dptkan permukaan yg cantik mmg kena bukak tudung pengukus kerap. Best trio nie sbb besar dan boleh kukus ikan stim besar2 dalam pinggan pastu angkat je letak atas meja.