Pagi Ahad, saya singgah jap
kat Giant (kecil) kat Kelana Jaya sbb nak beli beberapa barang untuk
bersihkan rumah baru. Selepas selesai shopping serba sedikit, saya
berjalan ke kereta. saya nampak seorang perempuan yang meniaga nasi lemak
(bertentang dengan Giant kecil). Tiada seorang pun pelanggan dia....dari
saya keluar kereta sebelum masuk Giant sehinggalah saya habis shopping kat
Giant tu. Saya rasa kesihan kat dia.....wp tiada niat nak makan nasi lemak
(dah lebih 3 bulan saya tak jamah nasi lemak). Sedih pulak tengok
dia.....duduk je mengadap meja yang penuh dengan lauk pauk nasi lemak.
Saya pergi ke meja beliau.....saya bukak satu2 lauk2 yang ada atas meja
tu, lauk masih penuh bekas tak terusik langsung.....rendang ayam, ayam
goreng, sambal udang, sambal sotong, sambal kerang dan macam2 lauk lagi.
Apa yang saya pandang 'semua lauk yang berada atas meja tu langsung tak
menarik.....pudar, nampak kusam.....dan tidak ada satu pun yang menarik'.
Saya nak melangkah pergi tapi bila saya lihat wajah perempuan tu saya tak
jadi pergi.....saya minta nasi lemak dengan sambal sotong. RM3 katanya.
Saya bayar dan berlalu dari situ.
Saya sampai kat rumah baru dalam jam 10.30
pagi. Sebelum nak mulakan kerja.....saya ingat nak sarapan dulu sbb keluar
rumah tadi hanya minum milo sahaja. Saya buka nasi lemak tu.....memang tak
menarik tapi dah beli kenalah makan kan. Saya ambil sejemput nasi
lemak.....terasa kasar. Masuk ke mulut......wekkkkk "ceh celaka",
perkataan yang tak elok itu terkeluar dari mulut saya. Inilah jenis
manusia yang paling saya benci dalam dunia "manusia yang sanggup menipu
orang". Nasi lemak tu mentah....masih terasa butir2 beras....oklah kalau
setakat mentah saya boleh kata 'mungkin dia baru belajar masak belum
pandai sangat.....tak pelah bukan reseki saya' tapi bila nasi tersebut
basi berlendir "ini bukan tahap tak pandai masak sahaja tapi aniaya orang"
mungkin nasi semalam yang tak habis. Oklah mungkin dah jam 10.30
pagi.....nasi lemak cepat basi......saya rasa pulak sambal
sotong.....sotong keras kejung dan sambalnya busuk. Sekarang saya tahu
mengapa tiada seorangpun pelanggan kat tempat dia kerana dia adalah
peniaga yang tidak jujur (ada dua orang peniaga nasi lemak kat seberang
jalan Giant kecil tu, meja jualan dia berada di sebelah kiri kalau anda
keluar dari Giant kecil). Jika anda berada dikawasan berdekatan dan sering
ke Giant kecil nie berhati-hati dengan penjual nasi lemak nie. Cari reseki
biarlah dengan cara yang elok....jangan tipu dan aniaya orang. Reseki tak
berkat kak oiiiiii.....kesian akak, bagi anak2 makan dengan duit hasil
dari sumpah seranah orang. Kalau nasi lemak tak sedap tak pe kak.....boleh
dimaafkan tapi jual nasi yang dah basi, lauk yang layak dihumban dalam
tong sampah....itu dah melampau sangat.
6 comments:
fuhhhh berpeluh baca cerita ni mmg panas dan geram juga..k.ilah pernah makan nasi lemak hangit kat teluk emas melaka.. masa tu balik sana uruskan rumah.. sarapan pagi yg cukup memeritkan dah la amek 5 pinggan utk ssarapan anak beranak..hancusss hangit mengalahkan panggilan hangit.. pahit.. tergamak dia jual .. k.ilah terus berjumpa dgn lelaki tu..dia mengaku mmg nasi lemak tu hangit.. pas tu dia langsung tak minta maaf.. buat selamba jer... akhirnya sampai hari ni kedai dia kureng laku.. boo layan sebab ada kedai lain lagi.. tapi kedai sebelahnya pula buat roti canai pakai cincin..uuwekkk..terus tak makan selepas oder.. bawa balik buang gitu jer... tak singgah dah kedai2 tsbt.. serik juga terpaksa makan luar sebab terpaksa..
salam bdria..mokwo dulu pernah menjual nasik leamk..apa jadi dgn mokwo?? mokwo terpaksa berhenti..kerana nasik lemak mokwo terlalu laku sgt...hahha..bila dah terlalu laku, ramai gak yg dengki..hemm cakap2 dan fitnah mcm2...so berhenti ajelah..hati lebih tenang dan rezki mokwo, Allah murahkan jugak dr sumber lain.Alhamdulillah!!walaupun sekarang masih ramai minta mokwo berjual balik, mokwo terpaksa menolak dgn baik!! kalau mokwo ade masa luang, mokwo buat nasi lemak utk di bagi free pd org lain yg rindu tuh!!..
buat apa2 pun mesti mau jujur kerana Allah, rezki akan dtg dr sumber yg kita tak sangka!mokwo juga ckp benci org yg tak jujur spt itu!
susah nak ckp dlm hal ni.. klu btul org tu nak ambik kesempatan dia akan dapat balasannya.. tapi kalau dia dianiaya macam mana? mungkin dulu dia jual sedap dan laku.. pastu org dengki semuanya nampak x menyelerakan dan bila dimakan pulak jadi basi.... selalunya klau org baru berniaga lauk yg dijual sikit saja, tapi lauk yg dijual banyak pulak tu.. x kan dia x rasa membazir klau orang dah x mau beli.. x pun mesti dia pikir buat apa buat lauk banyak2 klau x orang nak beli kan...
Benda ni pernah terjadi pada kami.. kami bukak siang sampai malam, boleh pulak tu customer tanya x bukak kedai ker? heran... kami cakap kedai bukak, customer tu cakap x nampak pun, hah... sudah. selidik punya selidik tahulah sebabnya...
Sangat memahami dengan situasi ini dan agak berkait dgn cerita saya ini..http://teratak-rose.blogspot.com/2011/01/survival.html
salam, jenjalan dari blog ke blog tetiba sampai kemari dan berkesempatan membaca n3 ini dan kebetulan saya juga tinggal di KJ. Betullah tu, seorang peniaga wanita yg menjual nasi lemak di seberang giant kecil, ada dua peniaga. kalau keluar giant, peniaga yg dimaksudkan berada disebelah kiri. Pernah beberapa kali saya pergi membeli kueh ditempat nasi lemak yg satu lagi dan perasan dgn kakak yg jual nasi lemak disebelah sana, tiada pengunjung. Nak dijadikan cerita, satu hari saya nak beli kueh ditempat yg selalu saya beli tetapi kebetulan kakak tu tidak menjual, maka berdetik dihati utk ke tempat kakak yg tiada pengunjung itu. Memang saya terkejut bila melihat kueh2 yg dijual, rupa bentuknya tidak serupa kueh yg biasa saya tengok dan lalat banyak sngat maka tahulah saya mengapa tempat itu tiada pengunjung...rupa2nya awak terkena... mmg simpati dgn kakak itu tapi nak buat camana, kalau saya berkesempatan pergi lagi ketempat itu mahu saya menegur dia tapi bolehkah dia menerima teguran?
ade dua kemungkinan dalam kes ni.mungkin peniaga tu mmg benar2 xjujur.atau mungkin ada org dengki menganiaya dia dgn menyihir etc.ni saya cerita pengalaman keluarga sendiri ade restoren.pada mulanya perniagaaan family saya maju.beberapa bulan kemudian pelanggan susut tiba2.makanan yg dimasak selalu basi penuh dgn lalat.bila dipanggil ustaz utk check,mmg ada org yg mandream kasi benda ni terjadi
Post a Comment