Sunday, January 2, 2011

Mee Goreng Udang Kering



Ini adalah hidangan lunch saya pada hari nie. Simple and easy, sesuai untuk orang bujang.


Mee Goreng Udang Kering
recipe by Majalah Sedap Bil 25
Publish and photo by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya (anggaran 4 orang makan):-
  • 200gm mi telur, rebus terlebih dahulu.
  • 100gm dada ayam rebus, siatkan (saya potong kecil sahaja tanpa rebus)
  • 4 biji bebola daging, hiris (sy tak bubuh sbb tak ada)
  • 100gm kobis, hiris (sy gantikan dgn karot dan sawi)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 50ml air
  • 1 batang daun bawang, hiris serong (sy tak bubuh sbb tak ada)
  • 5 batang daun kucai, potong 3 cm
  • 3 sudu makan minyak untuk tumis (sy guna 1 sudu sahaja)

Bahan kisar:

  • 3 biji cili kering, goreng
  • 1/2 sudu makan udang kering, goreng
  • 3 ulas bawang putih, goreng

Cara membuatnya:-

  1. Bahan kisar hendaklah digoreng sebentar sebelum dikisar halus dlam blender kering @ ditumbuk halus.
  2. Tumis bahan kisar sehingga terbit aroma.
  3. Masukkan ayam, bebola daging dan kobis. Kacau rata
  4. Masukkan garam, serbuk lada sulah dan air. Masak sehingga menyerap.
  5. Masukkan mi, daun bawang dan kucai. Kacau sehingga sebentar sehingga masak.

Note:-

  1. Mi goreng ni sedap sbb ada udang kering dan guna mi telur. Jangan rebus mi telur terlalu masak, ikut sebagaimana arahan dipek mi.
  2. Dalam tempoh berdiet saya cuba elakkan mengambil kobis so saya gantikan kobis dengan apa yang ada dalam peti ais saya seperti karot, sawi, lada benggala. Anda boleh ikut resepi asal seperti diatas.
  3. Masukkan sedikit minyak masak dalam periuk merebus mi supaya mi tidak terlalu melekat.
  4. Saya buat separuh dari resepi diatas untuk 2 kali makan.
  5. Saya goreng telur dan potong hanya sekadar untuk hiasan sahaja. Tiada dalam resepi asal.

0 comments: