Wednesday, July 27, 2011

durian dan kejujuran

Saya adalah pengemar durian, selama lebih 2 minggu berpantang dan tidak menjamah durian....sabtu lepas bila balik ke kampung saya memang nak makan sangat-sangat durian sebelum bulan puasa. Saya tak pandai pilih dan beli durian.....sentiasa kena tipu....buah tak elok....buah yg dah lama. Mengidam sungguh nak makan buah yang baru luruh dari pokok. Kat kawasan rumah dikampung ada sebatang pokok durian.....berbuah tak begitu lebat hanya dalam 20 biji sahaja tahun nie. Selalunya sebelum ini kami tidak merasa buah durian nie sebab tupai kacau tapi tahun nie bila adik saya kahwin....adik ipar saya jenis ringan tulang telah memasang orang-orang atas pokok dan mengantung tin-tin kosong.....bila nampak tupai datang ke pokok dia cepat2 tarik tali tin dan bunyi kuat dari tin2 kosong telah menakutkan tupai2. Jadi dapatlah kami merasa buah durian tahun nie. Nasib saya kurang baik sikit.....ketika saya balik hanya ada 2 biji sahaja buah yang tinggal dan sempatlah merasa sebiji durian yang betul2 luruh pada pagi sabtu tu.....jadi tercapailah impian saya nak makan buah yang baru luruh dari pokok walaupun hanya sebiji.



Kiut tak orang-orang atas pokok tu.
Inilah isi buah durian tu. Dapatlah saya merasa sebiji durian dari pokok yang ditanam oleh arwah ayah saya. Arwah ayah tanam banyak pokok durian di ladang kami dan selalunya kami tak dapat merasa walau sebijik pun durian tersebut sebab ia sentiasa dicuri. Jarak ladang dengan rumah lebih kurang 30 minit so bila sampai diladang kami hanya dapat tengok kulit durian sahajalah.




Saya tak puas makan durian.....petang tadi seorang rakan sepejabat telah mengajak pergi ke Pasar Malam Paya Jaras, Sg Buloh. Memang diakui buah-buahan dan makan kat pasar malam nie sangat murah. Saya beli durian yang dijual 3 biji RM10. Banyak betul durian dijual disini begitu juga dengan tempoyak. Seperti biasalah saya nie akan percaya pada penjual durian.....saya kata tolong berikan saya buah yang elok ye. Yelah bangsa sendiri takan nak tipukan.....ingat macam tulah tapi saya lupa yang susah nak jumpa orang jujur tak kiralah warna apa kulit mereka.


Inilah durian yang dibeli 3 biji RM10, masa dia tetak dan tunjukkan isi durian pada saya memang nampak cantik.....kuning elok sangat. Saya pulak tak pegang tengok keseluruhan buah durian tu....rupanya dibahagian bawah durian atau bahagian kulit yang dipegang oleh penjual tersebut adalah tak elok.
Bahagian bawah yang rosak nie telah ditutup dengan tangan penjual bila dia pegang dan tunjuk pada saya. Penjual durian tu hanya tunjukkan isi yang elok yang telah ditetak tapi bahagian rosak nie dia tutup.
Bila saya bukak durian tu maka inilah hasilnya. Hampir kesemua durian yang saya beli jadi macam nie....hanya dapat beberapa ulas sahaja yang elok. Memang isi duriannya elok dan tebal tapi apa gunanya jika hanya beberapa ulas sahaja yang elok....penat bawah balik kulit durian sahaja.


Ada sesetengah isi durian tu dah berair sebab dah lama sangat....mujurlah saya hanya beli RM20 sahaja so taklah terkilan sangat. Saya ambil isi durian yang elok dan masukkan dalam zip bag kemudian masukkan dalam peti ais untuk dibekukan. Saya sengaja beli durian banyak sebab nak simpan beku dalam peti supaya senang nak buah kuih, kek dan aiskrim bila perlu sementara musim durian tengah banyak. Saya pernah pilih durian yang paling mahal tapi tetap dapat yang tak elok jugak.....susah sungguh nak dapat penjual durian yang betul-betul jujur.



Bercakap tentang jujur.....hari ini saya berpeluang mengetahui kisah berkenaan kehebatan seorang pegawai akaun yang telah menyeleweng duit syarikat berjumlah RM500 ribu selama 3 tahun tanpa disedari oleh pengarah syarikat. Bijak betul perempuan nie, setiap minggu dia akan masukkan cek bernilai lebih 2 ribu dalam akaun suami beliau. Pengarah syarikat menunjukkan lapuran polis yang dibuat terhadap pegawai akaun tersebut kepada saya....bila saya baca rasa macam tak percaya begitu mudah perempuan tu ambil duit dan pengarah baru perasan setelah 3 tahun. Tahun pertama dia songlap RM253 ribu, tahun kedua RM235 ribu dan tahun ke 3 hanya RM90 ribu.....perbuatan terhenti bila pengarah sedar. Ini syarikat melayu dan pegawai akaun tu juga perempuan melayu.....inilah akibatnya jika terlalu percayakan orang. Buat laporan polis tapi sampai sekarang kes tak settle...perempuan tu hilang entah kemana. Laporan tu hanya untuk tuntut kerugian perniagaan sahajalah.



Adik perempuan saya juga terkena begitu. Dia nie ada bisnes tadika. Dia terlampau sibuk sehinggakan serah bulat-bulat hal-hal pejabat pada pembantu beliau yang dah kerja 3 tahun. Selalu adik saya puji perempuan nie sebab kata adik saya dia nie boleh diharap dan jujur. Tahun lepas adik saya kecoh sebab pekerja dia nie hilang bersama-sama dengan kutipan yuran kemasukan tadika yang berjumlah lebih RM10 ribu. Lepas pekerja dia hilang....barulah dia semak akaun dan buku kutipan.....rupanya bukan setakat RM10 ribu sahaja yang dikebas tapi tiap-tiap bulan sebanyak RM500 di kebas selama 3 tahun tanpa disedari. Buat report polis tapi hingga kini perempuan tu tak dijumpai.


Mencari manusia yang jujur macam nak cari sebutir belian dalam pasir. Kerja saya pulak sering menemukan saya dengan manusia-manusia menipu.....walaupun pengalaman mengajar saya membaca gerak geri badan mereka ketika bercakap atau peluh yang membasahi tapak tangan bila bersalam dengan saya tapi hingga kini saya masih belum mahir mengenal penipu.

8 comments:

Amie said...

Assalamalaikum Bdaria,
bestnya dapat makan durian bar gugurkan...fresh!

tentang kejujuran itu....memang kena sentiasa berhati2, percayakan orang ibaratnya...kalau manis jangan terus ditelan, kalau pahit jangan terus dibuang...sederhana dalamsegala pertimbangan

quinnie said...

salam daria...keluarga saya kalau nak beli durian elok2 mesti cari yg bukan bangsa kita yg jual...biasa nya derang ni pun jual tak byk..kena cepat2 pegi kalau stok baru sampai..kalau dak memang tak merasa...baru2 ni cousin saya beli durian yg jenis elok ni...makan 3 ketul je dah kenyang...buat gulai tempoyak letak dua ketul pun pekat kuahnya...tapi tula..bukan senang nak carik peniaga yg jujur ni...ikut nasib...:)

AziE said...

Dah lama sungguh tak berada kat kebun durian. Menunggu, mengutip dan makan durian fresh.

Kerana tak kuasa lagi ditipu tika beli durian, saya kerap makan durian kat tempat beli tu jugak. Rosak je saya mintak tukar.

Anonymous said...

salam bdaria

saya pon hantu durian gak.
ari tu beli dgn bdk opis
1kg rm15.00
duit biji dah rm60.00
alhamdulilah, sedap n berbaloi dgn duit yg kuar.

Bercerita psal beli durian kat luar, saya pon ada pengalaman
Masa mula2 beli, bercadang nak mkn kat situ jer, semua yg pnjual tu bukak, isi durian tu semua mmg sedap.
Psal sedap, sy amik keputusan nak beli lg utk bwk blk.
Mcm biasa ler, yg makan kat sana x sama dgn kat umah. Hampeh,,,,

Tp ada satu tip yg rasa sya boleh dipratikkan.
Beli durian, ckp nak mkn situ,
jd penjual tu confirm cari yg terbaik, pastu mkn ler seulas dua, yg lain, bwk balik..

♫ mokwo® ♫ said...

salam bdaria...dek selalu jugak mokwo kena tipu bila beli durian nih..oleh itu, mokwo dah stand by siap2 tupperware besar dalam bonet kreta...so tiap kali beli durian..mokwo akan suruh depa kopek siap2..kalu buruk ka, masam ka..haku tak moh..duit kita kan..!! kita jugak berhak utk memilih buah yg berpadanan dgn harga yg di tawarkan!!

MEKAR said...

Saya tak suka makan durian. tp kalu dibuat tempoyak/ gulai itu memang favourite sya lah. kalu nk beli durian, biasanya mr suami yg beli sbb dia suka potpet2 dgn peniaga buah tu (btanya mcm2).

bdaria said...

Salam Mokwo,

cadangan mokwo tu memang the best. lepas nie boleh praktik.

dee said...

Salam Bdaria,....berkenaan yg songlap duit tu mungkin dia dah ready dengan jawapan di akhirat kelak...