Salah satu kebaikkan bila
membekukan isi durian, kita boleh makan bila-bila masa. Sekarang musim
durian jadi durian banyak dan murah....saya ambil kesempatan untuk
membekukan isi-isi durian dalam zip lock bag yang kecil. Bila rasa nak makan
cuma keluarkan dan defros sahaja. Pagi tadi saya keluarkan isi durian ini
dan buat cekodok durian.
Resepi simple saja.....semua orang buat cara yang sama. Saya bancuh dan terlupa nak sukat so saya tak boleh nak bagi resepi detail.
Resepi simple saja.....semua orang buat cara yang sama. Saya bancuh dan terlupa nak sukat so saya tak boleh nak bagi resepi detail.
Cekodok durian
Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung berserbuk
penaik
4-5 ulas isi durian
2 sudu makan gula (tambah
atau kurang ikut selera anda)
1/2 tsp garam
1 biji telur
air secukupnya.
Minyak untuk
mengoreng
Cara-caranya:-
1. Masukkan tepung dalam
bekas. Masukkan isi durian, pecahkan telur, gula dan garam
2. Bancuh kesemua bahan
dengan air secukupnya.
3. Pastikan ia tidak
terlalu cair dan pekat. Kena agak-agak lah ye sebab saya tak sukat
air
4. Biarkan ia rehat
sebentar
5. Mengunakan jari, jemput
sedikit bancuhan dan masukkan kedalam minyak yang telah dipanaskan. Buat
sampai habis. Goreng sehingga keemasan dan angkat.
3 comments:
salam daria...sedapnya cekodok durian...elok cantik cekodok awak ni..saya ni kalau bab2 nak membulat kan cekodok sampai sekarang fail..hhehehe
Salam quinnie.
Nie kira fail nie sbb ada 'tanduk' kat cekodok tu. Kalau nenek sy buat....dia punya bulat2 tu macam bola pastu sama saiz je tak adalah besar kecil mcm cekodok saya.
Salam. nak bagi sama bulat tu yg agak sukar kan?
Post a Comment