Ini sarapan yang saya buat
pagi ini. Dohnya saya buat malam tadi dan diperap semalaman. Pagi tadi saya
mula membuat roti canai. Oleh kerana saya tak pandai menebar doh roti canai
maka saya buat ikut cara mak saya....tebar atas talam bulat. Ia tidaklah
secantik roti canai kat kedai tetapi mengunakan resepi nie roti canai
garing, rangup dan lembut. Semasa membuat roti canai, saya kurangkan
penggunaan minyak. Sebenarnya pengunaan minyak yang banyak sangat perlu
untuk membuat roti canai yang macam kedai sebab itulah roti canai adalah
salah satu makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi. Bila kita buat
sendiri, kita boleh mengawal penggunaan minyak....biarlah ia tidak secantik
roti canai kedai tetapi ia tetap sedap dan lembut. inilah resepinya jika
anda ingin mencuba.
ROTI
CANAI
Sumber: Kelas masakan
BWY
BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
1 kg tepung gandum (saya guna
key flour)
50gm minyak sapi
Bahan B
60gm susu pekat
1 biji telur
100ml air 7 up
1 tsp garam
1 tsp gula
450-500ml air
CARA-CARANYA:-
-
Masukkan bahan A kedalam bekas adunan
-
Pukul bahan B kecuali air dan kemudian satukan bahan A. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Jangan masuk air terus sebab nanti adunan lembik dan susah hendak menguli. Kalau pengunaan air kurang 500gm pun tak mengapa.
-
Uli hingga lembut. Uli sehingga adunan elastik. Jika anda menguli dengan tangan uli 2 kali. Uli sehingga adunan tidak melekat ditangan dan kemudian rehatkkan selama 10 minit lepas itu uli sekali lagi sehingga betul2 lembut. Perapkan 30 minit.
-
Bulat-bulatkan adunan seberat 50 gm @ 60gm. Lumur dengan majerin (saya guna butter sahaja)
-
Perapkan selama 4 jam atau biarkan semalaman.
-
Selepas itu tebarkan.
-
Jika tidak pandai tebar macam pembuat roti canai kat kedai, gunalah talam bulat. leperkan adunan dan kemudian tarik perlahan2 sehingga ke hujung talam bulat. Buat sehingga jadi bulatan besar, lipat 4 bahagian.
-
Bakar mengunakan kuali dan masukkan minyak/ butter/majerin ketika membakar.
-
Oleh kerana saya mengurangkan penggunaan minyak maka saya guna kuali non stick.
-
Resepi ini menghasilkan 36 biji doh roti canai. Saya hanya buat 1/2 dari bahan2 diatas.
Saya makan roti canai ini
dengan kari daging. Saya sertakan juga resepi untuk anda membuat kuah
dall.
Kuah Dhal
sayuran
Bahan A
500gm kacang dhal - direbus
sehingga sempuk
Bahan B
10 biji cili kering -
dipotong 3
5 biji cili merah -
dipotong stick
5 biji cili hijau -
dipotong stick
3 biji kentang - dipotong
kiub
2 biji terung
1/2 biji
carrot
5 urat kacang
panjang
5 ulas bawang putih -
dimayang
5 ulas bawang merah -
dimayang
1/2 tsp biji
sawi
daun kari secukupnya
(lebih kurang 10 helai)
50ml minyak
secukupnya
sedikit kunyit, garam dan
gula secukup rasa
air
secukupnya
Cara-caranya:-
-
Rebus kacang dhal sehingga empuk
-
Panaskan minyak dan tumiskan daun kari dan bawang
-
Masukkan cili kering dan tumis sehingga garing kemudian masukkan semua sayur-sayuran tu.
-
Masukkan cili dan biji sawi
-
Angkat dan masukkan bahan yang ditumis kedalam periuk kacang dhall.
-
masukkan air dan letakkan garam, gula dan sedikit kunyit.
Nota:
Jika hendak membuat kuah dhall kuning, guna resepi diatas tapi jangan masukkan sayur-sayuran.
0 comments:
Post a Comment