Ini adalah hidangan makan malam saya untuk
hari ini. Hidangan simple yang boleh disediakan dalam tempoh masa 30 minit
sahaja. Resepi ini diperolehi dari kawan saya Noriah Mainuri.
Spagetti Goreng
(dalam gambar nie saya terlupa masukkan lada bengala merah
dan hijau)
Bahan-bahannya (untuk hidangan 1 orang):-
60gm spaghetti
1 @ 2 sosej Ayamas Premium Italian (dibelah 4 dan dipotong dadu)/ayam/daging
1/4 lada bengala/capsicum merah - dipotong dadu kecil @ besar ikut suka
1/4 lada bengala/capsicum hijau - dipotong dadu kecil @ besar ikut suka
1/2 biji bawang besar (putih)- dipotong dadu kecil @ besar ikut suka
1/2 tbsp Oregano/basil
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumisan
1/2 tbsp lada hitam **
1 @ 2 biji cili padi **
2 ulas bawang putih**
Sedikit garam **
(bahan ** dikisar halus)
40-50ml air
Cara-caranya:-
-
Rebus spaghetti didalam periuk yang telah dimasukkan sedikit garan dan minyak. Rebus sehingga empok atau ikut masa seperti ditetapkan dalam paket. Toskan.
-
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah di kisar tadi sehingga kekuningan sahaja jangan sampai bawang putih jadi coklat.
-
Masukkan ayam/daging/sosej (Kalau guna ayam/daging, masukkan daun basil bersama untuk memberi rasa tapi jika guna sosej italian tak perlu sebab ia telah berperasa). Masukkan sedikit air supaya spagetti tidak terlalu kering.
-
Masukkan bawang besar, kacau sehingga layu
-
Masukkan spagetti dan kacau rata
-
Masukkan lada benggala, biarkan sebentar. Taburkan oregano dan tutup api
Nota:-
-
Oregano ini saya beli dari Bake with Yen dengan harga RM1.50 untuk 20gm. Harga ini lebih murah berbanding dengan oregano dalam botol.
-
Anda boleh gantikan ayam/daging dengan seafood. anda juga boleh masukkan cendawan yang dipotong halus untuk menambah rasa.
0 comments:
Post a Comment