Ini adalah percubaan kedua
mengunakan resepi dari kelas masakan di BWY. Sebagaimana yang saya telah
note kan dalam resepi sebelum ini. Setelah mengadjust serba sedikit, apam beras ini
jadi sebagaimana yang dibuat oleh emak saya....percubaan kedua ini berjaya.
Apam mengunakan resepi yang telah diadjust sedikit ini menjadi lebih gebu,
tidak padat, sangat lembut dan yang penting sedap tanpa rasa ragi yang
berlebihan. Memang puas hati. Saya frozenkan supaya boleh dibawa ke ofis
esok. Adunan ini boleh menghasilkan lebih 66 biji apam.
Ini adalah kukusan bahagian
terakhir yang mana ia telah terperap selama 3 jam, so ia merekah dengan
cantik. Jadi untuk dapatkan apam merekah begini, guna resepi dibawah tetapi
perap selama 3-4 jam.
Kukusan pertama selepas 1 1/2
jam perap, wp ia tidak begitu merekah tetapi ia sangat lembut dan
gebu.
Tekstur apam gebu dan
lembut
Apam Beras
Bahan-bahannya:
A) Tapai Nasi
250gm nasi yang telah dimasak dan disejukkan
1/2 tsp ragi - dihancurkan
2 tsp gula
1 tsp air
Cara-caranya:-
- Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan kedalam bekas kedap udara dan bertutup. Perapkan ditempat yang gelap selama 48 jam.
B) Bahan Apam
1 paket tepung beras (500gm) - Saya guna cap
teratai
270gm tapai nasi
3 cawan air
1 1/2 cawan gula caster (1 cawan gula
pasir)
1 tsp yis
2 tsp Eno (2 paket Eno Biru)
Cara-caranya:-
-
Masukkan tapai nasi, gula dan 1 cawan air dalam pengisar. Kisar
-
Masukkan tepung dalam bekas dan tuang tapai yang dikisar serta baki 2 cawan air, gaul sebati.
-
Anda boleh kukus setelah adunan diperap lebih sejam tetapi jika anda hendak ia naik cantik, peraplah selama 3-4 jam.
-
Oleh kerana pengukus saya kecil dan saya hanya ada 20 cawan kecil, saya telah bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
-
Untuk kukusan bahagian pertama, masukkan 1/2 tsp Eno @ 1/2 bungkus Eno. Anda boleh memasukkan pewarna yang anda gemari. Saya guna sirap ros Amina.
-
Masukkan penuh acuan dan kukus mengunakan api kuat selama 15 minit.
-
Setelah habis bahagian pertama, ambil bahagian kedua dan bubuh 1/2 tsp Eno lagi dan kukus sehingga habis. Begitu seterusnya sehingga habis adunan.
-
Boleh dimakan bersama kelapa.
-
Saya suka makan begitu sahaja tanpa kelapa dan saya akan frozenkan untuk dibawa ke ofis esok.
Nota:-
Saya sukat mengunakan cawan sukatan ye.
0 comments:
Post a Comment